...Ikatan Musafir..

Friday, 13 January 2012

Dream..


Impian..setiap orang pasti ade impian..
ape impian saye?

1)Jadi Hamba yang taat kepada Allah
2)Jadi anak yang solehah
3)Jadi isteri yang taat pada suami
4)Jadi pelajar cemerlang
5)Jadi khalifatullah
6)Ahli perniagaan berjaya..
7) dan macam2 lagi..

kalau disenaraikan, sgt banyak impian kite di dunia ini.. manusia punya satu saifat "tamak" yang lahir semula jadi dari dlm diri sejak azali..
Semua benda dan semua perkara kite ingin kecapi..
TAPI.. Dengan sikap TAMAK inilah kite mampu mencapai impian kite..

aha..Bukan sifat tamak haloba.. tapi TAMAK untuk berjaya..
Namun..dengan tulang empat kerat ini, kite hanya mampu mencapai sesetengah sahaja..mengikut kemampuan diri..
InsyaAllah, dengan usha, doa dan tawakal..
pasti impian kite akan tercapai^^

WaAllahua'lam..^^

Read more...

Wednesday, 11 January 2012

Berfikir..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,setelah sekian lame membiarkan blog ni tanpa diupdate,akhirnya saye berkesempatan untuk menulis..mencoretkan sesuatu yang tibe2 lahir di benak fikiran..

Sekadar untuk kite same2 berfikir dan berfikir..
Setiap manusia didunia ini ade kehidupan tersendiri..
ada kelebihan dan kekurangan sendiri, ade gaye hidup tersendiri, ade yang sibuk dengan kerja, ade yang sibuk dengan belajar, ade yang sibuk dengan politik, ade yang sibuk dengan kerja dunia, ade yang sibuk dengan amal akhirat, ade yang sibuk berbuat baik dan ade juge yang sibuk berbuat jahat..


Kite hidup dimuka bumi Allah ini dengan membawa satu amanah yang berat yang harus kite pikul. amanah yang tidak mampu digalas oleh makhluk Allah yang lain..
Malah gunung ganang yang besar dan tinggi menyatakan ketidak sanggupan mereka untuk memikul amanah ini..

Tetapi sebaliknya..manusia yang kecil, kerdil lg hina ini lah yang sanggup menggalas nya..
kenapa? kerana manusia dilahirkan dengan satu kelebihn.. akal dan fikiran..
dengan akal fikiran kite disuruh untuk berfikir bagaimana untuk menjadikan agama Allah ini gemilang dan terbilang..
Disuruh berfikir bagaimana untuk menyatukan umat Islam, bagaimana untuk berdakwah kepada org lain, abagaiamana untuk melakukan kebaikan.. dan segabainya..

Tetapi sebaliknya yang berlaku.. dengan kebijaksanaan akal fikiran yang Allah kurniakan, manusia menjadi taksub dengan dunia lupe tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini.. Akal yang cerdik pandai itu digunakan untuk menjatuhkan agama Allah demi kesenangan dunia, digunakan untuk mengkhianati yang lemah, demi kesenangan dunia, digunakan untuk melakukan kezaliman, demi kesenangan dunia.. dan segalanya demi kesenangan dunia..

Tidak takut kite apabila ditanya di akhirat kelak tentang amanah yang kite pikul. ape akan kite jawab..
Ade dikalangan kite terpilih untuk menjadi seorang yang sangat hebat dan sangat berkuasa.. kemudian menggunakan kuasa yang ade untuk kepentingan diri, menipu, mencuri, mengambil dan menggunakan hak orang lain dengan sesuka hati. seperti dunia ini dia yang punye.. tahukan dan sedarkah die bhawa die tidak akan berada diatas jika tiada sokongan daripa orang2 yang die telah tipu.. nauzubillah..

Ade dikalangan kite yang sibuk dengan urusan akhirat semata2.. beramal soleh, mengaji, membaca buku ilmiah, solat sunat, berzikir, sehingga lupe tanggungjawab sebagai khalifah hanya demi kepentingan diri untuk kesenangan akhirat.. tidak hirau dengan keadaan sekeliling, tidak hirau dengan rosaknya iman sauda sekelililng asalkan dirinya penuh dengan iman didada.. tidak kisah berlakunya jenayah, pembuangan bayi, gejala sosial, tidak kisah asalkan diriku dalam lindungan Allah..
Tidak takutkah orang sebegini apabila ditanya diakhirat kelak, apa yang kamu lakukan sebagai khalifah Allah dimuka bumi Allah.. Adakah sekadar dengan jawapan, aku solat, berpuasa, berzikir, tahajut tiap malam, membace alquran setiap masa... diterimakah jawapan ini..
dengan hanya membiarkan orang lain digelumangi dosa, dan die sibuk mengumpul pahala sendiri..
Ade dikalangan kite yang sibuk dengan belajar..
Allah beri kebijaksanaan untuk menyambung pelajaran, menuntut lmu Allah didunia ini.. tetapi cukupkah dengan hanya belajar, belajar dan belajar? mana tanggungjawab die sebagai khalifah Allah. cukupkah dengan menuntut ilmu, tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. tanpa membantah kezaliman. tanap mengajak orang kearah kebenaran..
Adakah segulung ijazah itu yang membawa dia kesyurga...

Dan.. Ada orang yang terpilih sebagai orang yang berkuasa, mengajak kepada kebaikan, menjaga kebajikan orang2 yang telah memilihnya, menggunakan segala kelebihan untuk kegemilangan Islam.Tidak menggunakan hak orang lain untuk kepentingan diri.. dalam waktu yang sama die berusha menuntut sebanyak mana ilmu Allah tanp[a melupakn tanggungjawab sebagai khalifah Allah. dalam menuntut ilmu, tetap melakukan amar maruf nahi munkar... dan dalam masa yang same..die adelah insan yang sgt dekat dengan Allah.. sentiasa memastikan pemantapan iman sendiri dan juge orang lain..

Segalanya ditangan kite.. berhak untuk memilih.. untuk menjadi seperti apa.. tidak semestinya apabila menjadi ketua kita tdk boleh bertaqwa kepada Allah, tidak semestinya jika menuntut ilmu kite perlu lupe dengan isu semasa, tidak semestinya kite sibuk beribadah , kite lupekan urusan dunia.. kite berusha didunia untuk mendapatkan akhirat..

Fikir2 kanlah..WaAllahua'lam..

Read more...

Wednesday, 4 January 2012

~Pemimpin Yang Adil~

Artist: Hijjaz
Album: Damai
Song Category: Nasyid
Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini

Read more...

Friday, 8 April 2011

Memburu Kemanisan Iman..~



Memburu kemanisan iman..
Tajuk besar majalah solusi terbaru edisi 30..

Naungan Allah: "Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: Allah berfirman pada hari kiamat:'Dimanakah orang yang bercinta kerana keagungan Ku pada hari ini? Aku akan menaungi mereka di bawah nainganKu pada hari yang tiada naungan kecuali naungan Ku'" Riwayat Muslim..

Kualiti hati pada kemanisan iman..
"Orang miskin yang sabar boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya tanpa sifat qanaah, si hartawan akan terseksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh sabda Baginsa saw: "Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah ruah, akan tetapi kekayaan(yang sebenar2nya) ialah kaya jiwa.."

Apabila kualiti hati rendah,nikmat yang banyak terasa tidak cukup. Tiada syukur, sabar, qanaah dan reda, diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan kearah kejahatan. Sebaliknya hati yang kuat mampu mengawal nafsu, umpama burung yang menerbangkan sangkarnya. manakala hati yang lemah sentiasa terkurung oleh kehendak2 nafsu, seperti burung yang terkurung di dalam sangkarnya.


Daripada Anas bin Malik r.a. bersabda Rasulullah saw: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang , ia merasai kemanisan iman, sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain, sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah, dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya(daripada kekufuran), seperti mana benci dicampakkan ke dalam api.." -Riwayat Muslim

Read more...

Tuesday, 5 April 2011

Paper cranes Dan Piano..



Juz coret2..
Selingan dlm stadi, sambil2 wat paper cranes and dengar lagu..
bukan lagu.. rentak piano..Paper crane pertama yang siap di buat..


Dah banyak...Makin banyak dan banyak..


sekarang da dekat 200 paper cranes yang terhasil..
Dalam menghasilkan paper cranes ni, memang menguji kesabaran.. mengambil masa juge..
banayk mane pun saye hasilkan paper cranes ni, ie tetap paper cranes yang tiada ape2 makna dan tidak bernyawa.. Hanya Allah yang mampu menghidupkan dan mematikan..
WaAllahua'lam..

Read more...

Saturday, 2 April 2011

Khat Diwani..^^

Salam..aha..sihat semua?^^ lame dah tak update blog..
esok ade exam. paper ke2..^^
tapi saya bukan nak sebut tentang exam.. juz nak kongsi dengan sahabat pasal khat diwani.. antara jenis khat yang cantik^^
nak relax2 jap..dah pening duk wat kire2..ehe~

Haritu exam khat, kene wat khat jenis ni..uhu, satu hari practice tak jadi2.ehe~ ni hasilnya:


aha..ni la hasil tulisan saye..^^tak pandai wat sebenarnye. maklumlah baru belajar satu tahun. Ustaz shahrizal ckap, kalau nak belajar khat ni ambik mase. die belajar dari zaman sekolah lagi. pastu, kene teror dalam meniru.ehe~

Yang ni pulak adalah assignment pertama yang ustaz bagi untuk khat diwani^^
"Rasulullah saw. ikutan sepanjang zaman"


Yang ni pulak adalah assignment yang kedua..ahaaa faham tak? "assalamualaikum"


Yang ni assignment yang ke3^^ surah Al Fatihah ayat akhir^^


erm..Sebenarnye kalau betul2 belajar khat ni, unik sebenarnye..tak semua orang boleh buat^^..ehe~ khat diwani yang saye hasilkan ni adalah hasil ajaran ustaz baki..memang hebat.^^
WaAllahua'lam..

Read more...

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP