...Ikatan Musafir..

Tuesday, 14 December 2010

Terus Tersenyum...


"Terus tersenyum walaupun payah.."
inilah sebaris ayat yang memujuk hati akhir2 ni..
senyuman boleh menenangkan hati, mendamaikan jiwa..namun segalanya, kurniaan Allah SWT..

"untukmu laila, saya doa moga Allah beri awak kemudahan semua benda yang awak buat demiNya.. saye doa juga Allah beri awak kegembiraan + awak tak pernah rasa berburuk sangka denganNya.. senyum lailafillah.."

sebuah mesej yang dikirim oleh sahabat yang tak pernah jemu memberi kata semanat dan pemujuk hati.. saat diri ini rase begitu down, selain berserah diri kepada Nya.. inilah mesej yang diilhamkan oleh Allah kepd sahabt untuk dihadiahkan kepada diri ini..
terime kasih Wan Noor Maizatul Akmal..

...Moge Allah memberi kekuatan dan kesabaran.. InsyaAllah..teruslah tersenyum walaupun payah agar orang lain juga turut tersenyum..

Read more...

Tuesday, 9 November 2010

Tiada Tajuk..~

Disaat saat dlm menghadapi peperiksaan akhir, insyaAllah ade lagi 3 paper lagi yang belum saye ketemu, masih lagi sempat membaca dan menyelami penulisan2 sahabat.. yang sentiasa membuka minda, menaikkan semangat, serta penuh dengan ilmu..

membaca dan terus membaca..~
akhirnye terdetik juge untuk menulis sesuatu..tanpa tujuan ingin sekali saya mencoretkan sesuatu didada blog ini..cube juge menyusun ayat sedangkan masih banyak lagi tajuk yang tak cover..
padahal, satu tajuk memakan masa hampir setengah hari, berani mati juge lah menghabiskan masa dengn menulis didada blog yang tidak seberapa ini..

Read more...

Friday, 5 November 2010

Amanah..~

"kite telah merancang..Allah juga merancang, namun perancanganNya adalah sebaik2 rancangan.."


sama2 lah kita ambil ikhtibar disetiap ape yang terjadi. Kalah bukan beerti kalah dalam perjuangan.. dakwah masih boleh dijalankan dengan baik asalkan adanya keikhlasan, kesungguhan dan tanggungjawab.. tanpa semua ni, jike menang pun, tapi tak mengisi kemenangan dengan sebaik2 nya, maka, samalah seperti menjadi orang yang kalah.. Ape pun, doakan pemimpin yang baru akan menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik, ikhlas, adil serta jujur. Ingatlah, sesungguhnya setiap amanah yang terpikul dibahu kita, akan dipersoalkan diakhirat kelak..

"dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya" Al Mu'minun: 8

Read more...

Thursday, 4 November 2010

Siapakah..~


GalAS:
Moge Allah memberi kemenangan kepada orang2 yang ikhlas hatinya, dan diberkati Allah untuk menjdi seorang pemimpin dlm mencapai matlamat utama iaitu Daulah Islamiyah..

Moga pemimpin yang terpilih adalah dikalangan orang2 yang soleh, yang mampu memimpin rakyat kearah kebenaran dan keadilan..


ingatlah..

Allah menguji orang2 beriman kerana kasih dan sayang Nya yang teramat mendalam kepada hambaNya agar mereka tidak sesekali melupakanNya..
Ujian akan mendekatkan lagi hamba dan Tuhannya..
betapa Allah sangat menyayangi kite...Allah Akhbar!

Read more...

Wednesday, 3 November 2010

Fikirkanlah..~

"Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sekiranya memberi wang kepada para pengundi untuk memancing undi."


hari ni tergerak nak menyentuh sikit tentg kehangatan politik yang semakin membara di GAlas..
semakin dekat tarikh yang ditunggu utk memutuskan siapakah pemimpin s
eterusnya disana.. semakin banyak pula fitnah ditaburkan..

Astaghfirullah..beristighfarlah kite jike terdetik prasangka
yang buruk dan menjatuhkan maruah org lain sedangkan tujuan dan niatnya tidak kita ketahui dengn sebenar2nya.. tanpa usul periksa, gedebak dijatuhkan tuduhan.. mgkin telah menjadi budaya kite suke besangka buruk dengn orang baik..

saye berasa sedih dan semakin sedih kerana gejala fitnah memfitnah ini semakin berleluasa..
sesungguhnya memfitnah itu lebih berdosa dari membunuh..

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti sama ada tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sumbangan wang tunai kepada masyarakat Orang Asli di Lojing, semalam melanggar Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi zakat kepada Orang Asli yang diIslamkannya.
inilah niat sebenarnye..mgkin saye tak tahu juge cerita sebenar, tetapi hasil pembacaan dan juge telah dijelaskan diharakah daily..saye berasa yakin dan percaya bahawa tuduhan keatas tuan guru hanyalah fitnah semata2..

"Jika penerimanya adalah pengundi, ia menjadi satu kesalahan dan terpulang kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan,"

ini adlh statement yang saye perolehi dari utusan malaysia online. tapi dibenak fikiran saye mule berfikir dgn ligat..dan mengenang semula PRU12 dulu.. betapa ramai orang setempat yang terime wang tarik undi oleh pihak berkenaan. malah, minum kat kedai kopi pun dapat duit. bukan orang biase sahja, pegawai polis pun ade.. tapi kenape tiada yang menganbil tindakan. kenapa pihak polis pon menerima wang tersebut? kenape tak dibuat report? hm..konfuse, takkan itu adlh pemberian zakat jugak.. lagi satu, dari mane agaknya die dpt wang sebanyak tu..hm..fikir2kanlah. bukan provokasi tetapi sekadar untuk membuat semua berfikir..

benarlah orang kata..
kuasa boleh menyebabkan manusia dilembah kebinasaan. sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt kerana pangkat, harta dan wanita..

jadi..fikir2kanlah, kerana inilah kite ingin menegakkan keadilan. tak mahu gejala ini terus berleluasa sehingga menjadi satu budaya..
hadi..bagaimana caranya?
tepuk dada, tanye iman..
tepuk dada, tanye pendirian,
tepuk dada, tanyelah fikiran..


Read more...

Monday, 1 November 2010

MencintaiMu..~


Ya Allah..betapa aku sangat menyintaiMu YaRabb..
Betapa aku sangat merindui RasulMu Ya Rabb...
tapi Ya Allah Ya Tuhanku..
Ampunkan dosaku..
aku hamba yang lemah..
hanya manusia biasa..
kerna kelalaianku..
aku mencintai hambaMu lebih dari aku mencintaiMu..
dakaplah aku..
Agar cintaku hanya untukMu..
rindu hanya untuk RasulMu..
dan kasihku hanya untuk mak dan abah..~

Read more...

Saturday, 30 October 2010

Diana..~

sejak semalam saye teringat kepada seorang insan yang telah
lame pergi meningglkan kite.
pemergiannye penuh tragedi..ade sesuatu disebaliknya nya..
ntah la, hati dan fikiran semakin kuat berfikir tentang dirinya..
dia bukanlah seperti srikandi islam zaman Rasulullah yang saye perlu contohi dan teladani..
tapi..siape tahu kebenaran kehidupannya..
jika benar dia seorang Islam, jika hayatnya masih ade, saye yakin, pasti satu impak yg besar akan terjadi di negaranya terhadap Islam..
waAllahua'lam...

secebis kenangan untuk mendiang Princess Diana..
Hadirmu bersama kuntuman senyuman
Terlukis wajah sicantik rupawan
Kau jadi impian berjuta pria
Kau jadi idola pemuda
Namun kau pergi bersama tragedi

Kisahmu
menyentuh menggamit hati
Kasih ditinggal bersama kenangan
Permaisuri kau insan sepi


Segala-gala di
takdirkan Tuhan
Pasti tidak sia-sia

Layar lara seorang puteri

Kembara sayu seorang i
bu
Menghadiahkan jutaan ikhtibar
Di hati seorang wanita

Yang bernama puteri



Oh Diana
Kau umpama
kerdipan di malam gelita

Akhirnya terpendam dipagut derita
Dalam mencari erti cinta





Oh Tuhan...

"Benarlah tiada bahagia tanpa iman,

Benarlah tiada kebahagiaan tanpa Islam di jiwa"
Sesungguhnya harta, nama pangkat dan juga rupa
Bukanlah jaminan kebahagiaan

Kebahagiaan pada keimanan


Read more...

Friday, 29 October 2010

...Hidup Ini..~

Jam tangan menunjukkan tepat pukul 1.45am.. mata masih belum mengntuk, terdetik di hati untuk menulis sesuatu didada blog..
Mood untuk mengulang kaji pelajaran pun dah hilang untuk malam ni..
jari2 mula berayun laju menaip sesuatu yang mule bermain di benak fikiran...

**macam nak wat cerpen pulak^^**
tapi memang saye terfikir sesuatu malam ni yang membuat minda berfikir dan terus berfikir..
ape akan jadi dengan sebuah negara yang mendapat gelaran "negara Islam"sedangkan warga serta pemimpinnya semakin jauh dengan hukum syariat islam?


saye bukanlah seorang ulama' utk mempersoalkan hukum atau meletakkan fatwa atau mengutarakan ayat quran dan hadith. tapi..hanya insan biasa seperti 'mereka' untuk berkongsi dan membuat semua orang untuk berfikir..

rasanya dah beberapa kali juga saye post tentang isu yg sama tapi method yang berbeza..
saya sendiri kurang pasti masih ade lagi ke post2 yang lame..sbb dah beberapa kali juge kemas kini blog dan delete post2 lame.uhu..

Gejala sosial yang semakin berleluasa dikalangan rakyat dan pemimpin semakin mengganggu fikiran saye dan orang2 macam saye..
mungkin seringkali berfikir, bagaimana caranya nak mengatasi..
dah terlalu banyak kes..

bagaimana pemimpin sendiri mengambil mudah tentang pergaulan..anak dan isteri terlalu bebas untuk bersosial..
bila rakyat melihat ikon mereka, maka, itulah yang mereka ambil untuk dijadikan contoh. seterusnya, ajaran2 yang dipamerkan oleh pemimpin2 yang memandang mudah tentg hukum agama ni pun menjadi satu budaya kepada masyarakat..

hurm..kepala saye pun dah pening. saye bukanlah orang yang memegang jawatan didalam organisasi negara..tapi sekurang2 nya kite concern dan kasihan kepada mereka semua..
oleh yang demikian, kite memerlukan seorang pemimpin yang tahu, arif dan mengamalkan hidup cara islam yang sebenar.

kite bukan sahaja mahukan pemimpin yang bijak pandai tentang urusan dunia, tetapi juge lagi bijak dan pandai tentang urusan akhirat. orang itulah yang kite perlukan.

kite seringkali mendengar orang mengata itu ini tentang masalah sosial zaman sekarang, tetapi adakah mereka berfikir bagaimana caranya untuk membendung isu ni?
kesan yang sangat teruk dah terbentang didepan mata.
pembuangan bayi, ragut, dadah, arak, macam2 lagi..

siape yang bertanggungjawab? salah siapakah semua ini?
ibu ayah? adik beradik? guru2? sahabat? mahupun pemimpin?

yer..tidak dinafikan ibu ayah memainkan peranan utama, tapi siapa tahu pengaruh rakan sebaya itu sangat kuat dan sangat berkesan. dan siapa tahu, kemudahan2 hiburan yang pemimpin sediakan untuk warganya bersuke ria, menghilangkan rase bosan, mendapat keseronokan dan undang2 secular itu lebih kuat pengaruhnya...
Na'uzubillah..

bagaimana caranya? memanggil setiap daripada mereka untuk mendengar tazkirah, kuliyah mahupun usrah?
berapa ramai sangat lah daripada mereka yang berminat untuk mendengar semua ni. tarbiyah? dakwah fardhiyah? berapa sangat lah keberkesanannya, mungkin hanya orang2 yang berminat atau terbuka hati nak ikot saja yang akan dengar. bagaimana dengan yang lain?
kasihan mereka.. takkan nak biarkan hidup mereka terus hanyut dengan dunia yang mereka cipta.. kesian mereka..

bukan salah dengan cara dakwah fardhiyah..tapi, berapa sangt la keberkesanannya. berbalik kepada sirah dulu pun, kerana kepimpinan nabi, Islam boleh gemilang..
jadi sekarang? inilah masanya kite nak aplikasikan semua ni..
tarbiyah pun tarbiyah juge. itu yang utama, tapi...
"berdakwahlah dengan cara berhikmah"

hanya satu cara yang saya rasakan berkesan untuk menyampaikan dan membantu mereka dengan impak yang besar.
kita dapat lihat bagaimana besarnya impak yang dibawa oleh seorang pemimpin. begitu juge lah caranya bagaimana kite inginkan daulah islamiyah. adanya kuasa, ape2 pun boleh jadi..
bayangkanlah, malaysia di tadbir dan dipimpin oleh seorang ulama'.. SubhanaAllah, saya dapat bayangkan kehidupan kita ibarat zaman Rasulullah..

tak perlu pergi jauh, sebagai salah seorang pelajar UIA, saye nampak keberkesanan dan kesan sebuah kepimpinan serta undang2. kat UIA ni ade 2 bende...

pertamanya kuasa admin. kes helmet. kerana rule, sume pelajar pakai helmet. sebab ape? takut kene saman.uhu.. jalan kat UIA ni one way je, so, sape2 yang melanggar pun boleh kene saman, jadi terpaksalah kami pusing jauh satu UIA baru sampai kedestinasi. dan macam2 lagi lah.. tengok, betapa kuasa dapat pengaruh warganya..

keduanya, sepertimana yang semua orang jelas, malah tengok pada nama pun dah tahu. bile saye berada didalam UIA, saye dapat rasekan ini adalah satu kawasan yang "protected"
sebab ape, dalam ni lah saye dapat merasai negara ISlam, islamic environment.. kalau masuk dalam UIA ni, sume makhluk Allah yang bergelar wagra UIA, WAJIB menutup aurat.. walaupun kekadang ade juge yang pelik. tapi sekurang2 nya mereka menutup aurat. sebab ape? sebab RULE yang telah ditetapkan oleh pentadbiran UIA. tengok, ni juge satu contoh keberkesanan pengaruh sebuah pentadbiran. lecturer saye sendiri cakap,
"kalau saye masuk UIa, saye rase selamat, sebab islamic environment, bile keluar je dari pagar UIA, saye rase tak selamat langsung kerana seperti berada ni negara lain.."


nak cakap nye kat sini, ni lah kepentinagnnya kite punya seorang pemimpin yang arif tentang syariat ISlam..ape gune pembangunan yang begitu pesat, tetapi warganya hidup penuh dengan dosa..
Ape gune negara berkembang dengan pesatnye, pemimpinnya hidup mewah, diberi itu ini, rumah, kereta, dan macam2 lagi.. tapi warganya hidup susah, miskin,terseksa dengan kecaman kerajaan secara halus..
-naikkan gaji, tapi tax pun naik. -beri pinjaman kewangan kepada pelajar, tapi diseksa dengan bayaran yang berlipat ganda. -sumbangan subsidi, tapi naikkan harga barang..
dan macam2 lagi..

kadang saye nak ketawa..kite semua seperti tertipu dengan permainan mereka yang suke mengambil hak kite sebagai rakyat...
islamic festival lah, bantuan rakyat lah, satu malaysia lah.
kite fanatik sokong dan vote die, tapi..cube fikir, ape yang die beri kepada kite?
duit? time nak mengundi je kot. bantuan? same lah. hiburan? wah, sgt hebat yang mereka sumbang untuk rakyat. nilah pemimpin yang dibanggakan.
tapi..adakah die beri kite pluang untuk merasai kehidupan sebenar islam?
jauh sekali.. bandar semakin membangun pun, kite tetap di takuk yang same. hanya mampu berjalan2 melihat keindahan yang dilakarkan. tak mampu untuk menyentuhnya..

"sokonglah barang buatan MAlaysia"
uhu, macm ne nak sokong? rakyat ni xda duit. sume hak dah diambil. barang buatan malaysia pulak semakin mahal dijual dinegara sendiri..
Lecturer cost management saye ade gitau, die gi hongkong ke ,mane tah..saye pun tak ingat, beli barang buatan malaysia yang dijual disana harganya jauh sangat murah berbanding harga yang dijual di Malaysia..nampak sangat memang nak menyusahkan rakyat..

kenapalah kite tak terfikir semua ni..kenapa masih menyokong mereka? padahal mereka tak beri ape2 kebaikan atau keuntungan kepada kite. kebanyakan yang mereka beri, mereka ambil semule dengan care lain yang kite tak sedar...

hm..waAllahua'lam, saye bukanlah pengkaji hal ehwal negara, tapi pengetahuan dan maklumat yang saye perolehi, saye tak rase salah.. jadi..
pejuang2 yang mengaku pejuang agama Allah.. beranikan diri, ni lah masanya nak merealisasikan matlamat sebenar dan sunnah terbesar Rasulullah. iaitu mengejar Daulah Islamiyah..
sampai bile nak berada di bawah pentadbiran orang yang jahil tentang agama?
sibuk mentarbiyah diri, tapi tak fikir tentang masyarakat sekeliling.
teringat satu kisah dimana Allah mnyuruh malaikat untuk menghancurkan satu kawasan tu kerana dosa yang mereka laukan, tapi tindakan malaikat terhenti kerana ade seorang hamba yang sedang beribadat. lalu Allah tetap mengarahkan agar orang yang sedang beribadat itu pun dihapuskan sama.. kerana ape? kerana die hanya memikirkan tentang dirinya sendiri.."

jadi sahabat2, pembaca yang dihormati..fikir2kanlah..tak salah nak tingkatkan tarbuyah dan iman sendiri, tapi jangan ingat kubur lain2, kite takkan dipersoalkan diakhirat nanti..

kite ingin jadi yang berkuasa, bukan untuk kuasa, tapi ingin merebut kuasa daripada orang yang gilakan kuasa..

Read more...

Wednesday, 27 October 2010

...Naruto...~


"jangan mudah mengalah..."
satu ungkapan yang sering kite dengar. tapi adakah sebenarnye kite faham benar dengan ayat yang ringkas ni..

ape kaitan pulak dengan Naruto? uhu..
tiap kali saye tengok naruto..saye nampak sebaris ayat ringkas ini terrealisasi..uhu, cam ne sebutan sebnr..????^^

tak mau ckp panjang..nak study, faham2 sendiri^^
Kuat semangat naruto dlm menentang musuh..
jadi..bagaimana pule dengan kite yang bergelar khalifah di muka bumi ini?
"tepuk dada, tanye iman.."
waAllahua'lam..^^
keep smile=)

Read more...

Tuesday, 26 October 2010

Lelaki idaman wanita...

salam..
Alhamdulillah..tadi petang adalah hari terakhir semua assignment dihantar..setelah beberapa bulan kehidupan di UIA untuk sem ni memerlukan sedikit pengorbanan masa, akhirnya ia terlerai juga..
Bukan saya seorang..tapi boleh dikatakan majoriti..kepada semua pelajar UIA, sem ni adalah antara sem yang sangat banyak assignment..

Ape pun..alhamdulillah, semuanya dapat disiapkan..segala urusan dimudahkan oleh Allah SWT..
Lepas ni..Semua pelajar boleh la fokus untuk peperiksaan akhir sem ni..insyaAllah.. Walaupun sedikit getar dengan jadual exam sem ni yang agak mencabar diri.. ade 2 hari exam yang ade 2 subjek.. so, 4 subjek akan setle dlm mase 2 hari.. huh.. moge dimudahkan segala urusan oleh Allah, insyaAllah..

Tapi sebenarnye, bukanla tentg exam yang saya ingin perkatakan malam ni..tapi satu tajuk yang tidak asing lagi..mungkin dulu ie menjadi agak asing..tetapi sekarng sudah sgt familiar ia di hujahkan..
Jika selalu kite dengar satu statement tentg.. "wanita idaman lelaaki", tapi malam ni, saye ingin sentuh sedikit tentg "lelaki idaman wanita"

Bukan lelaki sahaja yang ingin memilih seorang wanita untuk dijadikan isteri. tetapi wanita juge berhak memilih seorang lelaki untuk dijadikan seorang suami yang mampu membimbingg mereka ke arah Siratalmustaqim..

Kadang2, sebagai seorang lelaki, mereka tidak sedar, bukan mereka sahaja yg mencari, rupenye kaum hawa juge mencari..
Jika kaum Adam inginkan seorang isteri solehah, pandai memasak, mentaati kedua ibu ayah, menjaga kehormatan diri, menghormati orang lain, mampu mejadi ibu mithali... bagaimana pula kriteria seorang lelaki yang menjadi idaman setiap wanita?

Adakah cukup jika kita sekadar mencari isteri solehah? tanpa memandang pada diri sendiri.. layakkah die digandingkan dengan seorang wanita solehah jika diri sendiri tidak terjamin kesolehannya..

Wahai kaum adam..Dengarlah sedikit luahan hati kaum hawa yang inginkan seorang lelaki yang mampu menjadi imam didalam keluarga...

Pasti dan sungguh pasti..seorang wanita tentu nya inginkan seorang lelaki yang boleh menjadi imam untuk nya dan keluarga..bukan sahaja sebagai imam didalam solat, tetapi mampu menjadi imam keluarga. seorang lelaki yang bertanggungjawb dlm menguruskan keluarga..yang mampu mendidik keluarga kearah kebenaran sehingga lahirnya sebuah baitul muslim yang diredhai Allah..
Jika seorang bakal ibu mentua selalu menyoalkan tentg "adkah gadis itu pandai memasak?"
jadi rasenye tidak salah jika seorang ibu kepada seorang gadis menyoal tentang.. "adakah lelaki itu mampu menjadi seorang imam?"

"kaum laki2 adalah imam kepada kaum perempuan.."

Jika seorang lelaki inginkan seorang gadis yang pandai menguruskan rumah tangga. sudah pasti seorang gadis juge inginkan seorang lelaki yang bertanggungjawab..
"isteri adalah amanah kepada seorang lelaki"
jadi..bile ie adalah amanah, tambahan pula amanah dari Allah SWT, maka, wajiblah die melaksanakan amanah yang dipikul..
Jika seorang lelaki inginkan seorang wanita yang mampu menjadi ibu kepada anak2 nya.. tentu sahaj seorang perempuan juga inginkan seorang lelaki yang bertanggungjawab untuk menjadi seorang ayah untuk anak2 nya...

Jika seorang lelaki inginkan seorang gadis yang menghormati orang tua.. tentunya seorang gadis juga ingin seorang lelaki yang mentaati kedua ibu ayah..
"syurga seorang anak itu terletak di tapak kaki seorang ibu.."
walaupun lelaki telah berlahwin, tapi..tanggungjawab terhadap ibunya tetap yang utama..
fenomena yang berlaku dlm masyarakat kini adalah apabila seorang lelaki yang telah berkahwin merasa diri dah lepas tanggungjawab terhadap ibu ayah. tumpuan hanya pada anak dan isteri..
inilah mentaliti manusia zaman sekarang.. wahai kaum adam..taatilah ibumu..syurga terlatak pada ibu, bukan pada seorang isteri..

Jika seorang lelaki inginkan seorang wanita yang mampu menjadi sayap kiri perjuangannya, seorang wanit
a juge memerlukan seorang yang mampu menjadi sayap kiri dan menyokong dalam perjuangnnya..

Jika seorang lelaki inginkan seorang isteri yang menyenangkan hati suami, jadi, tak salah jika seorang isteri ingin kan seorang suami yang juga menyenangkan hatinya.. kalau kite lihat, ramai suami yang buat isterinya seperti seorang hamba.. cube kite tengok bagaimana sifat Rasulullah bersama isterinya.. sentiasa membantu dlm melakukan kerja rumah, mendidik anak2, berguaru senda..malah saling hormat menghormati.. Nabi adalah ikon terbaik sebagai contoh lelaki idaman..

Dan akhir sekali.. jike seorang lelaki inginkan seorang isteri yang mampu mentaatinya dan menyayanginya.. tentu seorang wanita inginkan lelaki yang juge mampu menyayanginya seikhlas hati.. terime baik buruk nya.. tiade manusia yang perfect didunia ini..

"jika kita inginkan seorang yang terbaik..maka berushalah untuk menjadi yang terbaik.."
WaAllahua'lam..

Read more...

Salam Imtihan...


Kepada sahabat2 yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester ni.. selamat maju jaya..
Ingatlah..setiap usha kita hanya sebagai batu loncatan..segalanya ketentuan Allah..
Ape yang penting, usha..doa..dan tawakal..
Ape jua keputusan..terima dengan Redha..Allah telah merancang yang terbaik untuk hambaNya..

"Allahumma yassir fi hafazina, wa fi aqwalina, wa fi imtihanina, wa la tu'assir wa tammamu bilkhoir..."

Moga Allah tenangkan hati2 kite dalam menjawab peperiksaan..InsyaAllah..


Read more...

Sunday, 29 August 2010

Apabila kurangnya didikan agama..

sudah menjadi adat dan tradisi sikap seorang insan yang bernama manusia ini ialah mudah melatah...
sebelum saya berkata lebih lanjut, mohon moge terhindar dari segala dosa, jika ada dari kata2 ini yang salah mohon dibetulkan..

menyentuh isu orang bukan islam masuk ke rumah suci Allah.. inilah kerja orang2 yang selalu ingin mencari kesalahan orang, tidak jumpe aspek lain, isu agama lah jadi taruhan. tapi, sebelum ingin menimbulkan sesuatu isu tentang agama ni, sebaiknya, mengaji la dulu..sebelum menabur fitnah kepada orang lain.gi la tanye orang2 yang ngaji agama kalau diri sendiri tak pandai agama. dah tahu kesohehan hukum barulah boleh ditimbulkan isu ini dengan penuh bangga..ini tidak, asalkan boleh menimbulkan satu kontrovesi yang sgt gah, main hentam je.dah tu, orang2 lain yang kurang faham agama pun mempercayainya, jadi satu hal pulak menghasut dan mengotori fikiran orang lain..ish payah sungguh hidup ini..maaf jika ada yang terasa..

berbalik kepada sirah nabi.. bagaimana cara nabi berdakwah, dijemput orang2 kafir quraiys hadir ke masjid. jadi..bile tengk dari konsep sirah..adkh salah orang bukan islam masuk kedlm masjid atau surau. malah bukan membuat onar dan kekecohan, hanya dijemput dan berucap.malah. orang bukan islam itu sendiri menyatakan beliau ingin melihat keadaan masjid itu dan ingin perbaiki pagarnya.bukankah itu satu niat yg baik,tanda dia menghormati rumah ibadat orang islam. selagi mana seorang bukan islam itu menghormati dan tidak memusuhi islam, maka orang islam juga harus menghormati mereka. ini bukan sahaja mendekatkan lagi dakwah islam kepada mereka, malah orang islam juga akan dipandang tinggi dengan akhlak mulia yang kita tonjolkan.

kalau tak mampu dakwah lisan, dakwah yang terbaik adalah dakwah bilhal.

pembaca yang dirahmati Allah sekalian, inilah yg menjadi punca rosaknya kefahaman agama apabila kurangnya menuntut ilmu agama. bila kurangnya ilmu, maka segala tindakan diambil dengan pemikiran logik akal dan pandangan secular semata2.. nampak macam tak relevan jer, terus menuding jari dan menimbulkan fitnah. malah ini lebih buruk dari menjemput orang bukan islam kesurau. sesungguhnya, memfitnah itu lebih berdosa dari membunuh..

orang bukan islam yang menetap di negara islam harus dijaga kebajikan mereka bersama. selagi mana mereka menghormati islam dan tidak melakukan kacau bilau dan permusuhan. bukankah memburukkan namanya shaja sudah dianggap menjatuhkan maruah dan tidak menjaga kebajikan mereka sebagai penduduk negara islam.

dunia..asalkan dapat menjatuhkan orang lain, tak kira apa isu, tak kira betul atau salah, tidak difikir dah dosa pahala..jadi moral of the story disini, tuntut lah ilmu agama sebanyak mungkin. walaupun kita berada di bidang profesional, jagn sesekali lupe ilmu agama. satu advantage yang besar untuk orang profesional yang punya pengetahuan ilmu agama yang mantap. bila berlaku kombinasi ilmu maka hebatlah cara pemikiran individu itu. inilah orang yang kita cari untuk menjadi seorang pemimpin. kita hidup didunia ini sebagai hamba Allah, sejak azali lagi telah ditetapkan sebagai khalifah Allah. jadi mengapa kita mahu terus lari dari menjadi seorang peminpin? orang2 yang punye ilmu agama dan profesional yang tinggi nilah yang kita perlukan untuk menjadi pemimpin. mengapa kita sering mengenepiikan kepimpinan ini.ini adalah satu amanah dari Allah..

bila sebut tentang kepimpinan, tentu tidak dapat lari dari soal politik, saya juga tidak suka berpolitik apada asalnya,yelah, perebutan kuasa, berbalah kata . tapi, bile rujuk semula sirah nabi, belajar kepentingan nya, saye harus untuk suke kepada politik. kerana apa? kerana tidak mahu negara islam dipimpin oleh orang yang kurang pengetahuan agama tentang islam.ini adalah satu amanah dari Allah yang harus kita relisasikan..jadi..sama2 kita fikirkan.. islam ini syumul. jagnlah sesekali menolak politik dalam kehidupan.. inilah matlamat terbesar iaitu khilafah islamiyah..
waAllahua'lam.. yang kurang itu dtg dari diri saya sendiri dan baik itu dari Allah SWT. sesungguhnya keduanya dari Allah, saya sebagai pengantara..jika ada yang salah, mohon ditegur..

Read more...

Friday, 27 August 2010

Liku kehidupan..



Semalam..patut nye saye dan beberapa orang shabat lagi bersama2 memeriahkan majlis iftar di masjid UIA. tetapi..mungkin bukan rezki kami.even dah beri nama pada yang bertanggungjawab..tapi pelajar yg hadir waktu tu agak ramai. mungkin melebihi peruntukan yang disediakan. tak mengapa..itu rezki mereka.alhamdulillah.. jadi kami beramai2 pergi kecafe berhampiran masjid untuk membeli juadah berbuka puasa..

tiba di cafe..ramai student didlam nya..kat mane nak duduk? last choice, kami bungkus dan berbuka didalam masjid yang mana pada waktu yang sama diluar masjid sedang berlangsung majlis berbuka puasa yang sungguh grand.

waktu makan, tibe2 terfikir dan sedikit perbincangan bersama sahabat2..
kenapa nak buat iftar yang grand ni ade duit yang byk. tetapi masjid tidak diperuntukkan untuk iftar yang biase setiap hari??? persoalan disitu. setiap tahun masjid diperuntukkan sejumlah wang untuk sediakan juadah buka puasa, tetapi tahun ni berbeza dengan tahun sebelumnya. tiada lagi juadah buka puasa melainkan air dan kurma shja...

sungguh pelik..tibe2 muncul pula grand iftar yang mungkin membelanjakan sejumlah wang yang agak besar..hm..???

teringat juga wang di econs..selama ni, plaja nak buat program, kertas kerja sentiasa direject. malah program2 bermanfaat tidak dpt dijalankan kerana kertas kerja direject.maka tiadalah peruntukan...alasan tiasa bajet.. tup tup tup, muncul program yang saya rasakan agak grand, ihya' iftar. yang telah membelanjakan beribu2 ringgit wang yang mana adlh sebenarnya hak pelajar..ye..plaja dijemput hadir, tetapi bukan free, mereka juga terpaksa membayar fee...
bila fikir semula..alangkah bermanfaatnya duit itu digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah yang boleh mendtgkan impak yang besar dlm diri individu muslim untuk jangka masa yang panjang berbanding digunakan untuk satu malam dengan makanan..

uhu..sebagai selingan..bukan itu tajuk utama kali ni^^



teringat ketika beriktikaf dimasjid sebelum asar untuk menenti kelas kemahiran penulisan Khat by ustaz Shaharizal syafie.. seorang kanak2 kecil yang dlm usia 1 tahun yang baru belajar berjalan. sekejap2 jatuh..tetapi tidak pernah ada rasa putus asa dlm diri.. semakin dapat bejalan semakin laju anak kecil itu berjalan dan semakin kerap jatuh.. saya hanya mampu tersenyum melihat anak kecil itu..

bebarapa kali juga die berjalan kearah saya.mengganggu saya menyiapkan nota2 saya yang belum siap.namun tiada rasa terganggu..malah mengalukan kedatangan anak kecil itu.. bibirnya sentiasa mengukir senyuman..kadang2 ketawa sendiri..mungkin gembira mampu berjalan dengan laju walaupun kerap terjatuh^^ ape yang penting anak kecil itu merasakan dia mampu.."aku boleh!" agaknye lah^^

mungkin itulah yang dirasai oleh semua anak2 kecil termasuk lah diri ini sewaktu kecil mungkin..tetapi kini apabila menjangkau remaja..mungkin dewasa..perasaan putus asa sering menyelinap didalam diri.rasa susah, rasa payah..rasa masalah yang amat besar dan berat..tidak lain dan tidak bukan menyalahkan takdir dan berputus asa..

mengapa tidak kita rasakan begitu sewaktu baru hendak belajar berjalan."kenapa aku susah nak bejaln? kenapa aku dimulakan menjadi baby? kenapa tak macm org dewasa yang mampu berjalan dgn laju? kenapa dan kenapa?"
tetapi inilah lumrah kehidupan manusia yang mudah mengalah..tidak seperti zaman kecilnya.



kehidupan..kehidupan seorang insan ini..kekadang diatas dan kekadang dibawah..ibarat roda yang berputar..tidak semestinya kita sentiasa berada diatas, menunjukkan yang kita tidak akan jatuh..apabila jatuh tidak bermakna kita tidak mampu untuk bangun semula..
"Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuannya.." segalanya bergantung kepada diri individu itu sendiri..jika nak seribu daya, tak nak seribu dalih..

percaya dan yakinlah..Allah dah merancang yang terbaik untuk setiap hambaNya.. takdir yang telah tertulis dan tersurat di luh mahfuz..hanya kita yang mencoraknya..kita yang menggerakkannya.jadi kene bijak dan pandai memilih jalan kehidupan yang sebenrnya..bukan rekaan kita semata2..

jadi..untuk muhasah diri ini...kehidupan adalah satu pinjaman dari Allah swt yang cukup bermakna..maka, manfaatkan sebaiknya insyaAllah..
seorang insan yang berada dilandasan kehidupan, yang benar2 menghayati dan memaknai realiti kehidupan ini, pastinya tahu dan mengerti apa yang terbaik untuk mengharungi liku kehidupan yang sementara ini untuk bekalan dan juga persediaan akhirat kelak..
waAllahu'alam..

Read more...

Sunday, 22 August 2010

siapa itu gadis solehah..

tidak dinafikan dan tidak diragui lagi, begitu banyak artikel atau pun tazkirah atau ape2 sumber yang menceritakan atau menyebut ciri2 dan sifat2 seorang gadis solehah.. apabila menyebut tentang gadis solehah, adakah dia seorang yang hanya memakai tudung, menunaikan solat, maka ia digelar gadis solehah?

jika kita lihat fenomena terkini, tudung seperti sudah menjadi trend atau pun kegemaran wanita sekarang, pelbagai jenis tudung digayakan. adakah sekadar memakai tudung ini digelar wanita solehah? pihak media, artis, alhamdulillah, begitu ramai yg telah bertudung sekarang, tapi..cukup kah hanya sekadar bertudung untuk bergelar wanita solehah..apapun, moga ia menjadi satu batu loncatan untuk menuju kearah kebaikan..

tetapi disini..bukanlah saya ingin pertikaikan penggunaan tudung, saye sendiri tidak sempurna..cume ingin berkongsi, dan muhasabah diri semula..bagaimanakah yang dikatakan gadis solehah..

soal solehah tentunya tidak lari dari erti keimanan. gadis yang beriman itulah yang layak digelar solehah. tak semua gadis bertudung dan islam itu beriman. islam hanya sekadar diatas nama..

sabda nabi..
yang bermaksud: mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya." (riwayat hadith al-Tirmizi

Perempuan yang solat lima waktu. berpuasa dibulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah dia dari pintu syurga yang mana dikehendakinya..

seorang gadis solehah tentunya tidak pernah sengaja melewat2kan solatnya, tidak seperti diri yang jahil, sering melewatkan solat.jauh sekali ingin dibandingkan dengan srikandi2 hebat zaman rasulullah..malu rasanya jika dibandingkan dengan istri bongsu nabi ketika zaman kecilnya..

berpuasa dibulan ramadhan. bila menyentuh bab puasa, ianya bukanlah semata2 puasa yang menahan lapar dan dahaga.

firman Allah..
"wahai orang2 yang beriman! diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa".. (al baqarah: 183)

Bulan ramadhan adlh bulan rahmat, bulan penuh barakah. tapi bagi diri ini, kurasakan kosong..layakkah digelar gadis solehah..puasa yang sekadar menahan lapar dan dahaga, alquran entah kemana, tarawikh ntah bagaimana, zikir ntah tertinggal dimana, malu rasanya diri ini.. hari2 yang penuh dengan kesibukan dunia membuat diri ini lalai seketika. alquran baru beberapa juzuk sempat ku habiskan. terawikh sudah beberapa kali ditingglkan..keletihan, dan disulami kemalasa membuat jiwa semakin kosong... layakkah digelar gadis solehah???

menjaga kehormatan diri bukan lah sekadar menutup aurat dengan sempurna. tetapi perlu dihiasi akhlak dan peribadi yang elok. baru layak digelar gadis solehah.. terfikir sejenak, baikkah akhlak ku. cantikkah peribadi ku jika sering membalas meseg muslimin, tidak segan silu berbual ditalifon, adkh cantik peribadi ini.. gadis solehah tidak dpt lari dari sifat malu yang sgt tinggi ibarat bunga yang segan untuk kembang mekar takut dihinggapi kumbang2 yang rakus.. tetapi diri ini.. mampukah jadi seperti bunga yang indah tanpa hinggapan kumbang dan dipandang cantik luaran dan dalaman.. muhasabah la diri semula..

seorang gadis solehah tentunya sgt menghormati dan akan menyenangkan hati kedua ibu dan ayah.. tetapi diri ini.. tentunya pernah mengecilkan hati ibu ayah walau dengan perkataan "ah". layakkah digelas gadis solehah? mohon ampun lah dan senangkan lah hati keduanya...

. Aisyah .a berkata, "saya bertanya kepada Rasulullah, siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah
SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah SAW, "Ibunya.

seorang wanita yang mentaati suaminya tentunya syurga menjadi jaminan nya..siapakah wanita yang mentaati suami? merekalah yang sentiasa menyenangkan suaminya, tidak menyusahkan hatu suaminya, menjaga maruah diri dan keluarga, menjalankan tanggungjawab seorang isteri dengan baik, mendidik anak2 dengan didikan sempurna dunia akhirat..

jadi..sama2lah kita muhasabah diri semula..adakah kita ini tergolong dlm golongan gadis solehah? mungkin jauh sama sekali ingin digandingkan bersama fatimah azzahrah puteri kesangan nabi, Aisyah humaira, istri bongsu nabi, apatah lagi ingin digandingkan bersama wanita2 syahid zaman nabi..waAllahua'lam.. semoge yang sidkit ini mampu menyentuh hati yg dalam..




Read more...

Wednesday, 11 August 2010

Ramadhan yang mulia...

Alhamdulillah..bersyukur tidak terhingga, masih diberi pluang, diberi nafas dan nadi yang masih berdenyut, dikurniakan jiwa yang hidup untuk merasai nikmat ramadhan untuk kali ini..

semalam tertanya2, masih sempatkah atau masih berpeluangkah untuk ku merasai ramadhan pada tahun ini.. handset berbunyi tepat jan 4.30am.. alhamdulillah.. Allah masih memberi kesempatan untuk ku terus bersemadi di bumi pinjamanNya ini untuk menambah bekalan disana nanti..

"ramadhan yang sama, natijah yang berbeza"
satu statement yang tiap tahun akan ku dapat dari naqibah waktu dimatrik dulu. statement yang sama, membawa maksud yang sama tapi..natijah yang berbeza..

adakah ramadhan kali ini lebih baik? atau sama? atau lebih teruk. Allah telah membuka ruang seluas luasnya pada bulan rahmat ini untuk kite istiqamah dlm melakukan ibadat.
adakah puasa hanya menahan lapar dan dahaga sahaja? tentu nya tidak. sudah pasti kita inginkan sesuatu daripadanya.

"wahai orang2 yang beriman! diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" {Al Baqarah:183)

firman Allah yang saya rasakan cukup popular dimana arahan yang mewajibkan puasa keatas umat islam.

moganya, bukan hanya lapar dan dahaga tetapi mendapat rahmat dan maghfirah darinya.

Read more...

Monday, 2 August 2010

Bukan Pindaan tetapi MANSUHKAN!

Assalamualaikum..
sudah menjadi satu budaya dlm dunia zaman teknologi lagi canggih ini, segala kebenaran tertutup diselubungi kebatilan yang dianggap kebenaran untuk keamanan..

bila kita sentuh isu ISA, bila kita berbicara tentang ISA, orang yang mementingkan diri ini pastinya akan mengatakan ia penting untuk keselamatan negara. tetapi adilkah untuk rakyat yang menerima tuduhan tanpa dibenarkan membela diri? sanggupkah menteri dalam negeri menjawab persoalan dan pertanyaan oleh Allah swt, diakhirat nanti atas perbuatan memfitnah orang yang tidak bersalah? ingin aman didunia tanpa gangguan luar, tetapi dapat dibayangkan tak kehidupan diakhirat nanti???

Ia bukan sahaja satu akta yang berat. malah lagi kejam dan zalim. sepertimana yang kita tahu, akta ini diluluskan adalah untuk membentras kekejaman komunis, sekarang malaysia dah bebas dari kecaman komunis. kenapa tidak dimansuhkan malah telah menggunakan akta ini untuk mengkhianati rakyat.

bukan kah perdana menteri mengagung-agungkan slogan 1 Malaysia. rakyat diutamakan. adakah itu hanya omongan kosong untuk memancing hati rakyat. polis2 di negara ini juga mungkin telah didokrin otak dan fikiran mereka tantg hal ini.

pemimpin mana lah yang sanggup menyakiti rakyat macam ni. apabila menyuarakan suara, terus je arahkan pihak polis ambil tindakan. menangkap orang yang tidak bersalah. pemimpin mana lah yang sanggup menyakiti hati rakyat, sanggup siram rakyat yang disayangi lagi dicintai dengan pemedih mata. tau2 dia hantar FRU. hm..fikir2 kanlah. adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan??

tidak mengapa, mereka merancang, Allah juga merancang. tetapi perancangan Allah itu lebih hebat dan yakin. wahai pejuang2 Islam, jangan lah kite lemah hanya dengan sedikit cubaan. kuatkan hati..insyaAllah, Allah sentiasa bersama2 orang yang benar.
kebatilan pasti terserlah dengan satu kebenaran..insyaAllah.

waAllahua'lam..

Read more...

Friday, 30 July 2010

Naruto Dan Perjuangan Islam...^^

Naruto Dan Perjuangan Islam....^^

Assalamualaikum..bersyukur kehadrat Ilahi, kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di halaman blog yang telah agak lame juge tidak disentuh dengan nukilan hati..



Alhamdulillah..berbalik kepada tajuk yang ingin saya bawakan. Yang telah tertulis diatas.. Naruto.. mungkin satu nama yang tidak asing lagi. Bukan sahaja dikalangan kanak2 tetapi juge dikalangan dewasa..



Pertama sekali waktu saya betul2 menghayati cerita naruto ni sejak di pusat asasi UIA. Wah, UIa pulak tu. Bukan lah UIA yang ajar. Tapi saya sendiri yang menjadi sangat minat. Memang kalau orang tengok, ish budak ni. Tengok katun pulak^^ tapi tidak pada saya. Bila saya tengok naruto n the geng. Saya akan Nampak satu perjuangan disitu.

Bagaimana Naruto begitu bersemangat dan mempunyai cita2 yang tinggi untuk menjadi Hokage yang ke6. Mereka ini dari satu sekolah ninja yang memang dilatih untuk menjadi ninja. Yang mana misi mereka untuk menentang segala kekejaman dan kejahatan untuk satu keamanan. Pada awalnya mereka berada didalam satu kumpulan yang besar, tetapi dipecahkan kepada kumpulan2 kecil untuk memudahkan gerak kerja, latihan dan ukhwah^^..


Ape kaitannya dengan perjuangan??? Ehe..


sama2 kita hayati Ayat Allah ini. (maaf tak dpt nak masukkan ayat al Quran)



244. Dan berperanglah kamu pada jalan Allah

(kerana mempertahankan kebenaran ugamaNya); dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Mendeng

ar, lagi Maha mengetahui.



Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian. Bilamana saya melihat semangat naruto menentang musuh, begitulah saya lihat individu2 pejuang Islam begitu bersemangat berjuang untuk sebuah keadilan. Bila mana saya melihat kumpulan besar ninja itu, seperti saya melihat sekumpulan besar umat Islam yang bersedia menentang segala ancaman dari pihak musuh yang ingin menjatuhkan Islam. Bila mana saya melihat kumpulan2 kecil seperti kumpulan kakashi, itulah yang saya nampak kumpulan kecil (usrah) yang terbina, untuk memudahkan latihan, penyampaian ilmu dan yang penting ukhwah sesameahli usrah. Ia diibaratkan seperti satu keluarga yang sangat bahgia dengan satu matlamat. Iaitu Daulah Islamiyah.



104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah

) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat

Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (

buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.


Bilamana saya melihat matlamat mereka.. itulah juga matlamat yang diimpikan oleh seorang muslim. Satu keamanan dibawah pentadbiran Islam. Semangat nya Naruto untuk menjadi seorang Hokage. Begitulah umat Islam yang begitu bersemangat untuk menjadi seorang Khalifah dimuka bumi ini..



Sesungguhnya kita dilahirkan dimuka bumi Allah ini adalah sebagai seorang khalifah.



Sahabat2 sekalian.. bila kite sebut tentang ukhwah, mungkin ia telah sebati dihati kita. Tapi adakah kita betul2 menghayati erti sebenar ukhwah?


Berbalik kepada Naruto. Dia sanggup bekorban nyawa hanya untuk menyelamatkan sasuke. Kawan baik yang berada dalam group kakashi. Apabila sasuke keluar dari hidden village dia telah ikot pasukan yang jahat dan kejam. Kerana sebuah ukhwah, Naruto tidak pernah berputus asa untuk menarik kembali sasuke yang telah tersesat jalan. Kakashi selalu pesan bahawa “team work” sangat penting. Perhubungan yang baik sesame ahli sgt penting.. itu baru katun yang telah dicipta oleh orang jepun. Bagaimana dengan kite umat Islam ni? adakah ukhwah kita sebagai khalifah Allah ini sehebat ukhwah yang dibina oleh Naruto? Tepuk dada, tanyalah iman..



WaAllahua’lam..

Read more...

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP