...Ikatan Musafir..

Saturday, 27 February 2010

...Iman Jalan Menuju Keselamatan...~

Sambil2 sedang menyelesaikan assignment, secara automatik kepala ini mendongak ke atas memandang sebuah buku yang telah agak lama tidak kusentuh dan kubaca, terletak elok diatas rak buku.. secara automatik juge tangan ini mengambilnya dan terus membuka tajuk yang berkenan dihati..LaTahzan...~ ini lah tajuk buku tebal yang berwarna kuning itu...

Laju sahaja tangan menyelak halaman 323..Iman Jalan Menuju Keselamatan..
haaa...so, sekarang saya ingin berkongsi something hasil pembacaan tajuk ni.mungkin semua orang dah tau kot. takpe..bace je la kalau rajin^^

pada awalnya penulis membuat satu kesimpulan hasil yang diperolehi dari dua judul buku yang pernah dibacanya..Allahu yatajallaa fii'ashril ilmi dan at-Thibbu Mihraabul Iman. "kebanyakan faktor yang dapat membantu membesarkan seseorang dari perasaan gundah dan cemas ialah beriman kepada Allah dan menyerahkan semua urusan kepadaNya.."

....dan aku serahkan semua urusanku kepada Allah...(Al-Mu'min:44)

Orang yang menyedari bahawa semua ini berjalan berdasarkan ketentuan dalam qadha' dan qadar ,maka Allah akan menunjukkan hatinya untuk menerima dengan penuh keredhaan dan berserah diri..

Apabila kuat keimanan kite dihati, maka mudahlah untuk kite mendapat ketengannya..bagaimana nak tahu ade iman dihati??? ape kayu ukurnya???
ie bukan diukur dengan duduk diatas sejadah 24 jam, bukan diukur dengan linangan air mata keinsafan 24 jam tetapi lahir dari jiwe yang dlm, apabila kite melakukannya kite berasa tenang tanpe takut dosa dan apabila meninggalkannya rase gundah kerana takutkan azab api nerakan...

saya pernah terbaca sebuah buku..lupe tajuk dan diman.ehe^^..tapi ayatnye lebih kurang seperti ini..

"jika mereka ingin merebut syurga dengan hanya linangan air mata setiap malam diatas tikar sejadah kerana taubat dan keinsafan, tetapi aku ingin merebut syurga dengan syahid dijalan Allah dengan setiap titis darahku mengalir dimedan pertempuran demi Islam tercinta.."

Bile baca ayat ni ape yang anda semua fikir??? tepuk dada, tanyelah iman...
kerana adanya iman, maka adalah satu semangat tinggi yang ingin disumbangkan kepada agama Allah yang tercinta. bukan hanya diatas tikar sejadah memantapkan iman sendiri..tetapi dengan berbekalkan iman membela dan menyelamatkan agama Allah..

erm..alamak..rasenye tak sempat nak teruskan..^^ ehe.kene wat keje..oklah.. minta maaf la tak hbskan terus..

p/s: bacalah La Tahzan..pengubat jiwe..(^_^)

Read more...

Friday, 26 February 2010

Kesan Media kepada kanak2..~

Assalamualaikumwarahmatullah..

hari ni terdetik dihati untuk menyentuh sedikit kesan2 negative media terhadap kanak2..

sepertimana yang kite tahu, anak2 ibarat kain putih yang bersih. ibu bapa yang mencorak mereka.
ape kaitan nye pula dengan media???
ini yang saya ingin sentuh sedikit..
tak nak sentuh banyak, sedikit pun dah cukup.

kanak2 sangat gemar menonton, membaca, dan mengikut rentak media yang mampu mempengaruhi minda mereka. daripada lagu, movie, kartun, iklan, berita dan sebagainya yang hadir daripada media.

baik..sekarang ana cume nak sentuh tentang pengaruh media dari sudut berita.
berita semasa yang kite sebagai orang dewasa menganggap ie suatu element yang sangat bagus dalam mengetahui atau cakna dengan isu2 semasa..tetapi bagi kanak2 ie membawa perasaan ingin tahu yang amat sangat dalam usia mereka yang mana dalam tempoh proses tumbesaran..

sepertimana yang kite jelas, media sangat hangat dengan isu tentang kes khalwat Dato' Seri Anuar Ibrahim.
satu persoalan..mengapa media terlalu menggembar gemburkan tentang perkara yang mendatang aib seseorang???

tapi saya tak nak sebut la tentang ni..saye nak sentuh efek berita yang sangat hot sekarang ini terhadap kanak2..kajian menunjukkan(seorang sahabt yg bagitahu setelah menghadiri talk Abu Hassan), kajian menunjukkan bahawa 70% kanak2 yang terime efek daripada berita tersebut.

ape efek tu???
kanak2 yang berada dalam proses ingin tahu even baru berusia 7 hingga ke 10 tahun, ingin mencungkil rahsia.. apa itu khalwat??? kesan dari itu, mereka bertanya,bertanya dan bertanya.. sampai satu tahap kerana perasaan ingin tahu, mereka ingin mencube sendiri..inilah yang saya katakan sebagai kesan buruk. siape sangka berite yang sangat hot ini yang ingin menjatuhkan maruah seorang hamba Allah even tidak tahu kebenarannya mampu mendatangkan kesan negative terhadap kanak2.. bagi saya pengetahuan tentang hal ini tidak perlu bagi kanak2.dan bagi saya ie lebih mendatang kesan negative daripada kesan positive. kalau anak saya, saya taknak fikiran mereka tercemar dengan perkara2 seperti ini. mereka tak faham, kerana tak faham mereka nak tahu. perasaan nak tahu bagi kanak2 lain dengan orang dewasa..
saya rase perkara ni seperti mengajar mereka perkara yang sepatutnya mereka tahu dalam usia yang sangat muda itu..

cubelah, orang kene tu adalah orang kerajaan yang berjawatan tinggi. sudah tentu segala aib yang menimpa ingin di sorok dan disembunyikan. tapi mengapa kerana die bukan orang kerajaan, segala aib yang belum tentu kesohihannya ingin diwar2kan satu duunia..

erm..sedikit nasihat untuk para hakim yang bijaksana, walaupun saya tahu mereka takkan baca nasihat saya ni.
buatlah satu kehakiman atau keputusan berlandaskan penghakiman yang benar mengikut syara'.berdasarkan bukti yang kukuh dan sohih. jangn memihak kepada mana2 pihak selagi kebenaran tidak dicapai. Allah sentiasa berada pada pihak yang benar. jike salah penilaian, mungkin anda semua selamat didunia..tetapi, hukuman akhirat.. amatlah dahsyat..beristighfarlah..

untuk rakyat jelata..janganlah terlalu percaya dengan media massa yang hanya memntingkan kelarisan penjualan stock dan produk mereka..belum tentu kite tahu kebenaran yang nyata. jike anda orang yang bijak,tentu bijak dalam menilai kebenaran dan kebatilan..

insyaAllah..Allah sentiasa berada pada pihak yang benar dan teraniaya..waAllahua'lam..

Read more...

mencintaiMu...

Allahummasollia'lasaidinaMuhammad...
solawat dan salam buat Rasul Junjungan..keluarga baginda, para sahabat..muslimat muslimat yang dirahmati Allah..

12 Rabi'ulawwal...~
lahirmu membawa cahaya..

Cinta Kepada Allah..~
Rindu Kepada Rasulullah..~
Kasih Kepada Ibu Ayah..~

Read more...

Tuesday, 23 February 2010

Hukuman Sebat wanita Islam

Harakahdaily


BACHOK: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, pendedahan yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai hukuman sebat wanita Islam kemungkinan hanya secara terpaksa.

Katanya, tindakan kerajaan tidak mendedahkan hukuman sebat ke atas wanita Islam dianggap kerana bimbang mengundang kemarahan negara barat terutamanya Amerika Syarikat.

“Kalau tidak ada pemberita yang mengungkitkan soalan tersebut sudah tentu menteri terbabit tidak mendedahkan hukuman sebat ke atas tiga wanita Islam di Penjara Kajang baru-baru ini.

“Ini secara jelas memperlihatkan Malaysia lebih takut dan bimbang kepada kemarahan negara barat berbanding perintah melaksanakan hukuman tersebut mengikut syariat Islam,” katanya pada ceramah di Kedai Jelawat, malam tadi.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad dan Adun Jelawat, Abdul Aziz Kadir.

Orang ramai mengikuti ceramah tersebut bagi mendengar penjelasan isu tuntutan royalti ekoran wujud kenyataan yang bercanggah di antara kerajaan negeri dan pemimpin Umno.

Baru-baru ini tiga wanita yang disabitkan dengan kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah di negara ini.

Menurut Hishammuddin hukuman tersebut dijalankan di Penjara Kajang pada 9 Febuari lalu dengan disaksikan 13 orang termasuk Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Nasharuddin yang juga Anggota Parlimen Bachok berkata, sepatutnya pelaksanaan hukuman tersebut tidak dilakukan secara senyap kerana ia tidak mendatangkan pengajaran kepada orang lain.

“Ini seolah-olah kerajaan seperti takut kepada negara luar sehingga enggan menguar-uarkan hukuman tersebut. Saya percaya kalau tidak ditanya pemberita menteri terbabit tidak akan mendedahkan hukuman tersebut kepada umum,” ujarnya.

Beliau juga mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menghadapi krisis kewangan yang serius apabila ada sekolah mengarahkan ibu bapa mengambil anak di asrama pada cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, difahamkan ada hospital mengeluarkan arahan lisan kepada pesakit supaya memulangkan ubat yang dibekalkan sekiranya masih berbaki selepas penyakit mereka sembuh.

Read more...

Tuesday, 9 February 2010

Permaisuri Hati Suami..

Bismillahirrahmanirrahim..
rindu pada bidang penulisan semakin tinggi. sem ni antara sem yang amat sibuk untuk diriku..bukan tiada masa, tapi tdk berkesempatan untuk berfikir ape yang perlu dikongsikan.punye banyak masa membaca tulisan sahabat2 yang tidak lekang dengan pelbagai idea,pengalaman, cerita dan nasihat untuk dikongsi bersama..tp untuk diri ini yang menghulurkan perkongsian,sedikit sukar untuk ku..

alhamdulillah,petang ni Allah beri kesempatan untuk jemari ini menari2 laju diatas keyboard laptop kesayangan..mule2,lame juge aku berfikir ape yang perlu dicoretkan.setelah membuka iluv islam..baru sedikit idea datang dan berlegar2 dibenak fikiranku..

uhu..panjang pule introduction nye..berbalik kepada tajuk diatas..
akhir2 ni, banyak aku mendapat kabar berita dari sahabat2 yang bakal melangsungkan pernikahan mereka.alhamdulillah dah sampai seru..moge menjadi isteri solehah dan suami mithali..^^
sebagai seorang wanita..tentu ada diantara impiannya untuk menjadi permaisuri hati suami yang dicintai..pasti dan diyakini..terselit satu impian indah dihati setiap insan bergelar isteri..

siapakah permaisuri hati suami???
itulah mereka2 yang taat pada suaminya, sentiasa meyenangkan hati suaminya, sentiasa menjaga kebajikan suaminya, sentiasa menjaga diri untuk menjadi isteri solehah, itulah permaisuri hati suami..

"sebaik2 isteri adalah apabila kamu memandangnya membuat hatimu senang, jika kamu perintah dia metaatimu,dan jika kamu tinggal maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya.."

tanggungjawab menjadi seorang isteri ni sebenarnya bukan suatu yang mudah. sangat berat untuk seorang wanita..(erks..tak tahu sbnrnye coz tak penah jadi isteri lagi,sekadar pengalaman sahabat^^)..erm..tugasnye agak berat tapi..menyenangkan jiwa.
isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga, mendidik anak2,melayani suami dgn baik, dan macam2 lagi..tangan lembut seorang wanita itu,sangat berbakti kepada sebuah baitul muslim..walaupun penat,letih, tetapi mereka tidak pernah jemu dalam melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri..

seminggu lepas aku berbual dgn sahabat yang sudah berumah tangga. berkongsi sedikit pengalaman hidup berumah tangga..
"laila..hidup berumah tangga ni indah. memang agak mencabar sikit lagi2 kite masih belajar, ade 2 tanggungjawab.raseb sangat penat dan letih.tapi bile kat rumah,bahagia sangat.bile wat sume kerja rumah and tanggungjawab seorang isteri rase senang sangat sebab kite lakukan dengan ikhlas.elakkan makan dihadapan tv. sebab mase makan tula mase kite nak berkongsi dengan suami.eratka hubungan.,"

nilah antare perkongsian haritu..bile dengar sahabt bercerita..seronoknye.rase bahgia jer..^^tapi..bukan mudah.hidup berumah tangga bukan untuk sehari dua tetapi untuk sepanjang hayat.dan insyaAllah di akhirat kelak dipertemukan semula..

seorang isteri perlu sentiasa memahami suaminya.dengan tugasannya, tanggungjawabnya dan kerja2 nya..isteri yang memahami sangat disenangi suami..terus dicintai dan disayangi.. isteri beginilah yang menjadi penguat kepada suami..
sentiasa bersama suami saat dia susah dan bermasalah.tenangkan hatinya dengan lembut..seorang wanita ini nampak saja biasa. tetapi wanita punye kuasa yang tidak dimiliki oleh kaum lelaki yang mampu melembutkan dan menggoyahkan hati suami..gunekanlah kehebatan seorang isteri untuk sentiasa menggembirakan suami kite nanti..

seorang isteri yang apabila dipandang menyenangkan hati bukanlah terletak pada paras rupe.tetapi pada hati dan peribadi.. ape gune wajah cantik, bijak, tetapi sentiasa tdk metaati suami.nau'zubillah.

untuk menjadi permaisuri hati suami yang sentiase dicintai perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dgn sempurna..

teringat perbincangan waktu subjek parenting hari sabtu lepas. selepas presentation, terlalu banyak perbincangan tentang perkahwinan hinggalah hal poligami.
satu persoalan..mampukah atau sanggupkah isteri2 membenarkan suaminya berkahwin lagi???
erm..mungkin berat kan.siapa yang sanggup berkongsi kasih suami dengan perempuan lain..tetapi kalau dah tahap wajib kahwin, better biarkan dia berkahwin lagi drp melakukan dosa..
tapi..bagi seorang isteri tentunya dia ingin suami menjadi miliknya seorang. ingin menjadi seperti wanita agung dalam tamadun islam, saidatina khadijah yang tidak pernah dimadukan oleh Rasulullah sepanjang hayatnya..mungkin..begitulah impian setiap isteri..
"apabila kamu berkeinginan terhadap wanita lain, datanglah kepada isterimu,kerana isterimu mempunyai apa yang dipunya wanita lain.."

jadi..kerana itu ilmu agama sgt penting dalam hal rumah tangga. orang selalu cakap, nikah itu sunnah.tetapi apabila sudah nikah tidak mahu mengikut sunnah lagi..erm..waAllahua'lam.

berbalik kepada topic asal..sebagai seorang isteri,jalankanlah kewajipanmu sewajarnya terhadap suamimu..insyaAllah.moge diberkati dan dirahmati Allah..
Amiin..

p/s= moge kite same2 menjadi isteri solehah, isteri yang menjadi permaisuri hati suami, isteri yang dicintai dan disayangi..^^

Read more...

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP