...Ikatan Musafir..

Sunday, 21 March 2010

nota cinta..~

NOTA CINTA BUAT CALON SUAMIKU…~

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Pertama pertamanya ingin ku mohon keampunanMu Ya Ilahi..
Moge segalanya terhindar dari fitnah, maksiat dan dosa..
Sebutir bicara ingin ku tujukan khas buat bakal suamiku..
Yang tidak kuketahui siapakah gerangannya yang diyakini..
Siapakah yang telah Kau takdirkan untuk diri ini..
Yang akan menjadi imamku nanti..

Wahai bakal suamiku..
Seribu kemaafan ku pohon darimu..
Tidak kire siapkah geranganmu..
Kau lah bakal suamiku..
Yang telah Allah takdirkan untuk ku..

Wahai bakal suamiku..
Kemaafan yang kupinta adalah kerana
Mungkin hak yang sepatutnya 100% untukmu
Telah terlerai sedikit merosakkan binaan nya yang indah untukmu..

Wahai bakal suamiku..
Aku manusia biasa..bukan malaikat juga nabi..
Mungkin aku pernah mencuri sedikit hakmu dan
Kuberikan kepada orang lain..
Mungkin pernah terdetik dihatiku menaruh perasaan kepada orang lain..
Mungkin pernah tersemat dihatiku
Sebutir nama orang lain
Wahai bakal suamiku..
Maafkan aku..
Mungkin aku tidak menjaga dengan baik hakmu yang perlu ku jaga rapi..
Mungkin aku terlupa kau lah yang Allah takdirkan untukku..
Walaupun tidak kutahu siapakah sebenarnya dirimu..

Wahai bakal suamiku..
Mungkin pernah aku menghulurkan senyum penuh makna kepada orang lain..
Mungkin pernah kucoretkan sebutir bicara hati kepada orang lain..
Mungkin pernah tercuit sedikit hatiku untuk orang lain..
Mungkin pernah tercalar perasaanku untuk orang lain..
Aku mohon seribu kemaafan darimu yang ikhlas untukku..

Wahai bakal suamiku..
Aku tahu, segala milik ku adalah milikmu..
Segala perasaan cinta dan kasihku adalah hak mu..
Seharusnya aku menjaga rapi segala kepunyaanmu..

Wahai bakal suamiku..
Aku hanya berharap, moge hati ini sentiasa untukmu..
Menanti hadirnya reality kehadiranmu..
Yang bakal menjadi pemimpinku..
Yang bakal menghidupkan baitul muslim indah impianku..
Yang bakal menjadi contoh buat putera puteri ku..
Yang bakal menjadi imam dirumah ku..
Dan aku..bakal menjadi makmum setiamu..
insyaAllah..


Wahai bakal suamiku..
Mungkin kelekaan semalam membuat aku tersedar..
Mungkin kelenaan semalam membuat aku terjaga..
Terlalu banayk dosaku padamu..
Aku bukan standing gadis solehah disekelilingmu..
Tapi bakal suamiku..
Mulai saat ini, aku akan cube memelihara segala milikmu..
Kan ku jaga rapi segala hakmu walaupun sebutir pandangan wajahku..
Tidak ku lafazkan kata hati perasaanku kepada orang lain..
Tidak ku hulurkan rasa kasihku kepada orang lain..
Aku hanya menanti dirimu yang ditakdirkan untukku..

Wahai bakal suamiku..
Senyumanku, layananku.. hanya untukmu..
Perasaan kasih dan cintaku hanya untuk mu..
Tidak berhak untuk orang lain selain dirimu..

Wahai bakal suamiku..
Nota2 cinta kutujukan khas buatmu..
Moge kau tahu rasa hatiku yang setia menanti kehadiranmu..
Moge kau sedia memaafi aku..
Sesungguhnya wanita yang solehah itu pasti mampu menjaga dirinya..
Hanya untuk suaminya..
Tapi aku..mungkin pernah mengatakan rasa hatiku kepada insane lain dahulu..
Moge ianya menjadi debu berterbangan..
Akan ku simpan segala nota cinta hanya untukmu..
Wahai bakal suamiku..

1 comments:

Anonymous,  7 May 2010 at 12:51  

salam ziarah

menarik..(^_^)

mohon izin copy boleh?

jzkk


wassalam

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP