...Ikatan Musafir..

Sunday, 29 August 2010

Apabila kurangnya didikan agama..

sudah menjadi adat dan tradisi sikap seorang insan yang bernama manusia ini ialah mudah melatah...
sebelum saya berkata lebih lanjut, mohon moge terhindar dari segala dosa, jika ada dari kata2 ini yang salah mohon dibetulkan..

menyentuh isu orang bukan islam masuk ke rumah suci Allah.. inilah kerja orang2 yang selalu ingin mencari kesalahan orang, tidak jumpe aspek lain, isu agama lah jadi taruhan. tapi, sebelum ingin menimbulkan sesuatu isu tentang agama ni, sebaiknya, mengaji la dulu..sebelum menabur fitnah kepada orang lain.gi la tanye orang2 yang ngaji agama kalau diri sendiri tak pandai agama. dah tahu kesohehan hukum barulah boleh ditimbulkan isu ini dengan penuh bangga..ini tidak, asalkan boleh menimbulkan satu kontrovesi yang sgt gah, main hentam je.dah tu, orang2 lain yang kurang faham agama pun mempercayainya, jadi satu hal pulak menghasut dan mengotori fikiran orang lain..ish payah sungguh hidup ini..maaf jika ada yang terasa..

berbalik kepada sirah nabi.. bagaimana cara nabi berdakwah, dijemput orang2 kafir quraiys hadir ke masjid. jadi..bile tengk dari konsep sirah..adkh salah orang bukan islam masuk kedlm masjid atau surau. malah bukan membuat onar dan kekecohan, hanya dijemput dan berucap.malah. orang bukan islam itu sendiri menyatakan beliau ingin melihat keadaan masjid itu dan ingin perbaiki pagarnya.bukankah itu satu niat yg baik,tanda dia menghormati rumah ibadat orang islam. selagi mana seorang bukan islam itu menghormati dan tidak memusuhi islam, maka orang islam juga harus menghormati mereka. ini bukan sahaja mendekatkan lagi dakwah islam kepada mereka, malah orang islam juga akan dipandang tinggi dengan akhlak mulia yang kita tonjolkan.

kalau tak mampu dakwah lisan, dakwah yang terbaik adalah dakwah bilhal.

pembaca yang dirahmati Allah sekalian, inilah yg menjadi punca rosaknya kefahaman agama apabila kurangnya menuntut ilmu agama. bila kurangnya ilmu, maka segala tindakan diambil dengan pemikiran logik akal dan pandangan secular semata2.. nampak macam tak relevan jer, terus menuding jari dan menimbulkan fitnah. malah ini lebih buruk dari menjemput orang bukan islam kesurau. sesungguhnya, memfitnah itu lebih berdosa dari membunuh..

orang bukan islam yang menetap di negara islam harus dijaga kebajikan mereka bersama. selagi mana mereka menghormati islam dan tidak melakukan kacau bilau dan permusuhan. bukankah memburukkan namanya shaja sudah dianggap menjatuhkan maruah dan tidak menjaga kebajikan mereka sebagai penduduk negara islam.

dunia..asalkan dapat menjatuhkan orang lain, tak kira apa isu, tak kira betul atau salah, tidak difikir dah dosa pahala..jadi moral of the story disini, tuntut lah ilmu agama sebanyak mungkin. walaupun kita berada di bidang profesional, jagn sesekali lupe ilmu agama. satu advantage yang besar untuk orang profesional yang punya pengetahuan ilmu agama yang mantap. bila berlaku kombinasi ilmu maka hebatlah cara pemikiran individu itu. inilah orang yang kita cari untuk menjadi seorang pemimpin. kita hidup didunia ini sebagai hamba Allah, sejak azali lagi telah ditetapkan sebagai khalifah Allah. jadi mengapa kita mahu terus lari dari menjadi seorang peminpin? orang2 yang punye ilmu agama dan profesional yang tinggi nilah yang kita perlukan untuk menjadi pemimpin. mengapa kita sering mengenepiikan kepimpinan ini.ini adalah satu amanah dari Allah..

bila sebut tentang kepimpinan, tentu tidak dapat lari dari soal politik, saya juga tidak suka berpolitik apada asalnya,yelah, perebutan kuasa, berbalah kata . tapi, bile rujuk semula sirah nabi, belajar kepentingan nya, saye harus untuk suke kepada politik. kerana apa? kerana tidak mahu negara islam dipimpin oleh orang yang kurang pengetahuan agama tentang islam.ini adalah satu amanah dari Allah yang harus kita relisasikan..jadi..sama2 kita fikirkan.. islam ini syumul. jagnlah sesekali menolak politik dalam kehidupan.. inilah matlamat terbesar iaitu khilafah islamiyah..
waAllahua'lam.. yang kurang itu dtg dari diri saya sendiri dan baik itu dari Allah SWT. sesungguhnya keduanya dari Allah, saya sebagai pengantara..jika ada yang salah, mohon ditegur..

2 comments:

naziera 2 December 2010 at 23:08  

ASSALAUALAIKUM.Saya rasa cara anda berdakwah memang betul dan saya menyokong anda.Dakwah ini berguna..

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP