...Ikatan Musafir..

Tuesday, 26 October 2010

Lelaki idaman wanita...

salam..
Alhamdulillah..tadi petang adalah hari terakhir semua assignment dihantar..setelah beberapa bulan kehidupan di UIA untuk sem ni memerlukan sedikit pengorbanan masa, akhirnya ia terlerai juga..
Bukan saya seorang..tapi boleh dikatakan majoriti..kepada semua pelajar UIA, sem ni adalah antara sem yang sangat banyak assignment..

Ape pun..alhamdulillah, semuanya dapat disiapkan..segala urusan dimudahkan oleh Allah SWT..
Lepas ni..Semua pelajar boleh la fokus untuk peperiksaan akhir sem ni..insyaAllah.. Walaupun sedikit getar dengan jadual exam sem ni yang agak mencabar diri.. ade 2 hari exam yang ade 2 subjek.. so, 4 subjek akan setle dlm mase 2 hari.. huh.. moge dimudahkan segala urusan oleh Allah, insyaAllah..

Tapi sebenarnye, bukanla tentg exam yang saya ingin perkatakan malam ni..tapi satu tajuk yang tidak asing lagi..mungkin dulu ie menjadi agak asing..tetapi sekarng sudah sgt familiar ia di hujahkan..
Jika selalu kite dengar satu statement tentg.. "wanita idaman lelaaki", tapi malam ni, saye ingin sentuh sedikit tentg "lelaki idaman wanita"

Bukan lelaki sahaja yang ingin memilih seorang wanita untuk dijadikan isteri. tetapi wanita juge berhak memilih seorang lelaki untuk dijadikan seorang suami yang mampu membimbingg mereka ke arah Siratalmustaqim..

Kadang2, sebagai seorang lelaki, mereka tidak sedar, bukan mereka sahaja yg mencari, rupenye kaum hawa juge mencari..
Jika kaum Adam inginkan seorang isteri solehah, pandai memasak, mentaati kedua ibu ayah, menjaga kehormatan diri, menghormati orang lain, mampu mejadi ibu mithali... bagaimana pula kriteria seorang lelaki yang menjadi idaman setiap wanita?

Adakah cukup jika kita sekadar mencari isteri solehah? tanpa memandang pada diri sendiri.. layakkah die digandingkan dengan seorang wanita solehah jika diri sendiri tidak terjamin kesolehannya..

Wahai kaum adam..Dengarlah sedikit luahan hati kaum hawa yang inginkan seorang lelaki yang mampu menjadi imam didalam keluarga...

Pasti dan sungguh pasti..seorang wanita tentu nya inginkan seorang lelaki yang boleh menjadi imam untuk nya dan keluarga..bukan sahaja sebagai imam didalam solat, tetapi mampu menjadi imam keluarga. seorang lelaki yang bertanggungjawb dlm menguruskan keluarga..yang mampu mendidik keluarga kearah kebenaran sehingga lahirnya sebuah baitul muslim yang diredhai Allah..
Jika seorang bakal ibu mentua selalu menyoalkan tentg "adkah gadis itu pandai memasak?"
jadi rasenye tidak salah jika seorang ibu kepada seorang gadis menyoal tentang.. "adakah lelaki itu mampu menjadi seorang imam?"

"kaum laki2 adalah imam kepada kaum perempuan.."

Jika seorang lelaki inginkan seorang gadis yang pandai menguruskan rumah tangga. sudah pasti seorang gadis juge inginkan seorang lelaki yang bertanggungjawab..
"isteri adalah amanah kepada seorang lelaki"
jadi..bile ie adalah amanah, tambahan pula amanah dari Allah SWT, maka, wajiblah die melaksanakan amanah yang dipikul..
Jika seorang lelaki inginkan seorang wanita yang mampu menjadi ibu kepada anak2 nya.. tentu sahaj seorang perempuan juga inginkan seorang lelaki yang bertanggungjawab untuk menjadi seorang ayah untuk anak2 nya...

Jika seorang lelaki inginkan seorang gadis yang menghormati orang tua.. tentunya seorang gadis juga ingin seorang lelaki yang mentaati kedua ibu ayah..
"syurga seorang anak itu terletak di tapak kaki seorang ibu.."
walaupun lelaki telah berlahwin, tapi..tanggungjawab terhadap ibunya tetap yang utama..
fenomena yang berlaku dlm masyarakat kini adalah apabila seorang lelaki yang telah berkahwin merasa diri dah lepas tanggungjawab terhadap ibu ayah. tumpuan hanya pada anak dan isteri..
inilah mentaliti manusia zaman sekarang.. wahai kaum adam..taatilah ibumu..syurga terlatak pada ibu, bukan pada seorang isteri..

Jika seorang lelaki inginkan seorang wanita yang mampu menjadi sayap kiri perjuangannya, seorang wanit
a juge memerlukan seorang yang mampu menjadi sayap kiri dan menyokong dalam perjuangnnya..

Jika seorang lelaki inginkan seorang isteri yang menyenangkan hati suami, jadi, tak salah jika seorang isteri ingin kan seorang suami yang juga menyenangkan hatinya.. kalau kite lihat, ramai suami yang buat isterinya seperti seorang hamba.. cube kite tengok bagaimana sifat Rasulullah bersama isterinya.. sentiasa membantu dlm melakukan kerja rumah, mendidik anak2, berguaru senda..malah saling hormat menghormati.. Nabi adalah ikon terbaik sebagai contoh lelaki idaman..

Dan akhir sekali.. jike seorang lelaki inginkan seorang isteri yang mampu mentaatinya dan menyayanginya.. tentu seorang wanita inginkan lelaki yang juge mampu menyayanginya seikhlas hati.. terime baik buruk nya.. tiade manusia yang perfect didunia ini..

"jika kita inginkan seorang yang terbaik..maka berushalah untuk menjadi yang terbaik.."
WaAllahua'lam..

1 comments:

RiJaL88 27 October 2010 at 18:04  

"jika kita inginkan seorang yang terbaik..maka berushalah untuk menjadi yang terbaik.."

peringatn yg baik....

Trtarik dgn ungkapan diatas. Mlalui pmbacaan blog, sejujurnya jarang sekali trbaca blog yg brbicara soal 'lelaki idaman wanita'. Ttp sebaliknya. Pada sy bkn sesua2 yg aneh & pelik.

Realitinya seringkali trdegar gologn Adam y brebut2 mgejar glogn hawa yg 1st class dr sgenap aspek. Tp, agk menjelekkn pabila mgharapkn sesua2 yg trbaik & srba smpurna. Tp bila brbalik kpd dri sendiri, sgt mengecewakn. Sbhgian lelaki begi2.

Dan tidak tmbul istilah "Perigi mncari timba". Bahkn, kedua2 nya dberi 'HaK' utk menilai & memilih.

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP