...Ikatan Musafir..

Tuesday, 9 February 2010

Permaisuri Hati Suami..

Bismillahirrahmanirrahim..
rindu pada bidang penulisan semakin tinggi. sem ni antara sem yang amat sibuk untuk diriku..bukan tiada masa, tapi tdk berkesempatan untuk berfikir ape yang perlu dikongsikan.punye banyak masa membaca tulisan sahabat2 yang tidak lekang dengan pelbagai idea,pengalaman, cerita dan nasihat untuk dikongsi bersama..tp untuk diri ini yang menghulurkan perkongsian,sedikit sukar untuk ku..

alhamdulillah,petang ni Allah beri kesempatan untuk jemari ini menari2 laju diatas keyboard laptop kesayangan..mule2,lame juge aku berfikir ape yang perlu dicoretkan.setelah membuka iluv islam..baru sedikit idea datang dan berlegar2 dibenak fikiranku..

uhu..panjang pule introduction nye..berbalik kepada tajuk diatas..
akhir2 ni, banyak aku mendapat kabar berita dari sahabat2 yang bakal melangsungkan pernikahan mereka.alhamdulillah dah sampai seru..moge menjadi isteri solehah dan suami mithali..^^
sebagai seorang wanita..tentu ada diantara impiannya untuk menjadi permaisuri hati suami yang dicintai..pasti dan diyakini..terselit satu impian indah dihati setiap insan bergelar isteri..

siapakah permaisuri hati suami???
itulah mereka2 yang taat pada suaminya, sentiasa meyenangkan hati suaminya, sentiasa menjaga kebajikan suaminya, sentiasa menjaga diri untuk menjadi isteri solehah, itulah permaisuri hati suami..

"sebaik2 isteri adalah apabila kamu memandangnya membuat hatimu senang, jika kamu perintah dia metaatimu,dan jika kamu tinggal maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya.."

tanggungjawab menjadi seorang isteri ni sebenarnya bukan suatu yang mudah. sangat berat untuk seorang wanita..(erks..tak tahu sbnrnye coz tak penah jadi isteri lagi,sekadar pengalaman sahabat^^)..erm..tugasnye agak berat tapi..menyenangkan jiwa.
isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga, mendidik anak2,melayani suami dgn baik, dan macam2 lagi..tangan lembut seorang wanita itu,sangat berbakti kepada sebuah baitul muslim..walaupun penat,letih, tetapi mereka tidak pernah jemu dalam melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri..

seminggu lepas aku berbual dgn sahabat yang sudah berumah tangga. berkongsi sedikit pengalaman hidup berumah tangga..
"laila..hidup berumah tangga ni indah. memang agak mencabar sikit lagi2 kite masih belajar, ade 2 tanggungjawab.raseb sangat penat dan letih.tapi bile kat rumah,bahagia sangat.bile wat sume kerja rumah and tanggungjawab seorang isteri rase senang sangat sebab kite lakukan dengan ikhlas.elakkan makan dihadapan tv. sebab mase makan tula mase kite nak berkongsi dengan suami.eratka hubungan.,"

nilah antare perkongsian haritu..bile dengar sahabt bercerita..seronoknye.rase bahgia jer..^^tapi..bukan mudah.hidup berumah tangga bukan untuk sehari dua tetapi untuk sepanjang hayat.dan insyaAllah di akhirat kelak dipertemukan semula..

seorang isteri perlu sentiasa memahami suaminya.dengan tugasannya, tanggungjawabnya dan kerja2 nya..isteri yang memahami sangat disenangi suami..terus dicintai dan disayangi.. isteri beginilah yang menjadi penguat kepada suami..
sentiasa bersama suami saat dia susah dan bermasalah.tenangkan hatinya dengan lembut..seorang wanita ini nampak saja biasa. tetapi wanita punye kuasa yang tidak dimiliki oleh kaum lelaki yang mampu melembutkan dan menggoyahkan hati suami..gunekanlah kehebatan seorang isteri untuk sentiasa menggembirakan suami kite nanti..

seorang isteri yang apabila dipandang menyenangkan hati bukanlah terletak pada paras rupe.tetapi pada hati dan peribadi.. ape gune wajah cantik, bijak, tetapi sentiasa tdk metaati suami.nau'zubillah.

untuk menjadi permaisuri hati suami yang sentiase dicintai perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dgn sempurna..

teringat perbincangan waktu subjek parenting hari sabtu lepas. selepas presentation, terlalu banyak perbincangan tentang perkahwinan hinggalah hal poligami.
satu persoalan..mampukah atau sanggupkah isteri2 membenarkan suaminya berkahwin lagi???
erm..mungkin berat kan.siapa yang sanggup berkongsi kasih suami dengan perempuan lain..tetapi kalau dah tahap wajib kahwin, better biarkan dia berkahwin lagi drp melakukan dosa..
tapi..bagi seorang isteri tentunya dia ingin suami menjadi miliknya seorang. ingin menjadi seperti wanita agung dalam tamadun islam, saidatina khadijah yang tidak pernah dimadukan oleh Rasulullah sepanjang hayatnya..mungkin..begitulah impian setiap isteri..
"apabila kamu berkeinginan terhadap wanita lain, datanglah kepada isterimu,kerana isterimu mempunyai apa yang dipunya wanita lain.."

jadi..kerana itu ilmu agama sgt penting dalam hal rumah tangga. orang selalu cakap, nikah itu sunnah.tetapi apabila sudah nikah tidak mahu mengikut sunnah lagi..erm..waAllahua'lam.

berbalik kepada topic asal..sebagai seorang isteri,jalankanlah kewajipanmu sewajarnya terhadap suamimu..insyaAllah.moge diberkati dan dirahmati Allah..
Amiin..

p/s= moge kite same2 menjadi isteri solehah, isteri yang menjadi permaisuri hati suami, isteri yang dicintai dan disayangi..^^

Read more...

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP