...Ikatan Musafir..

Tuesday, 23 February 2010

Hukuman Sebat wanita Islam

Harakahdaily


BACHOK: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, pendedahan yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai hukuman sebat wanita Islam kemungkinan hanya secara terpaksa.

Katanya, tindakan kerajaan tidak mendedahkan hukuman sebat ke atas wanita Islam dianggap kerana bimbang mengundang kemarahan negara barat terutamanya Amerika Syarikat.

“Kalau tidak ada pemberita yang mengungkitkan soalan tersebut sudah tentu menteri terbabit tidak mendedahkan hukuman sebat ke atas tiga wanita Islam di Penjara Kajang baru-baru ini.

“Ini secara jelas memperlihatkan Malaysia lebih takut dan bimbang kepada kemarahan negara barat berbanding perintah melaksanakan hukuman tersebut mengikut syariat Islam,” katanya pada ceramah di Kedai Jelawat, malam tadi.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad dan Adun Jelawat, Abdul Aziz Kadir.

Orang ramai mengikuti ceramah tersebut bagi mendengar penjelasan isu tuntutan royalti ekoran wujud kenyataan yang bercanggah di antara kerajaan negeri dan pemimpin Umno.

Baru-baru ini tiga wanita yang disabitkan dengan kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah di negara ini.

Menurut Hishammuddin hukuman tersebut dijalankan di Penjara Kajang pada 9 Febuari lalu dengan disaksikan 13 orang termasuk Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Nasharuddin yang juga Anggota Parlimen Bachok berkata, sepatutnya pelaksanaan hukuman tersebut tidak dilakukan secara senyap kerana ia tidak mendatangkan pengajaran kepada orang lain.

“Ini seolah-olah kerajaan seperti takut kepada negara luar sehingga enggan menguar-uarkan hukuman tersebut. Saya percaya kalau tidak ditanya pemberita menteri terbabit tidak akan mendedahkan hukuman tersebut kepada umum,” ujarnya.

Beliau juga mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menghadapi krisis kewangan yang serius apabila ada sekolah mengarahkan ibu bapa mengambil anak di asrama pada cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, difahamkan ada hospital mengeluarkan arahan lisan kepada pesakit supaya memulangkan ubat yang dibekalkan sekiranya masih berbaki selepas penyakit mereka sembuh.

Read more...

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP