...Ikatan Musafir..

Monday, 2 August 2010

Bukan Pindaan tetapi MANSUHKAN!

Assalamualaikum..
sudah menjadi satu budaya dlm dunia zaman teknologi lagi canggih ini, segala kebenaran tertutup diselubungi kebatilan yang dianggap kebenaran untuk keamanan..

bila kita sentuh isu ISA, bila kita berbicara tentang ISA, orang yang mementingkan diri ini pastinya akan mengatakan ia penting untuk keselamatan negara. tetapi adilkah untuk rakyat yang menerima tuduhan tanpa dibenarkan membela diri? sanggupkah menteri dalam negeri menjawab persoalan dan pertanyaan oleh Allah swt, diakhirat nanti atas perbuatan memfitnah orang yang tidak bersalah? ingin aman didunia tanpa gangguan luar, tetapi dapat dibayangkan tak kehidupan diakhirat nanti???

Ia bukan sahaja satu akta yang berat. malah lagi kejam dan zalim. sepertimana yang kita tahu, akta ini diluluskan adalah untuk membentras kekejaman komunis, sekarang malaysia dah bebas dari kecaman komunis. kenapa tidak dimansuhkan malah telah menggunakan akta ini untuk mengkhianati rakyat.

bukan kah perdana menteri mengagung-agungkan slogan 1 Malaysia. rakyat diutamakan. adakah itu hanya omongan kosong untuk memancing hati rakyat. polis2 di negara ini juga mungkin telah didokrin otak dan fikiran mereka tantg hal ini.

pemimpin mana lah yang sanggup menyakiti rakyat macam ni. apabila menyuarakan suara, terus je arahkan pihak polis ambil tindakan. menangkap orang yang tidak bersalah. pemimpin mana lah yang sanggup menyakiti hati rakyat, sanggup siram rakyat yang disayangi lagi dicintai dengan pemedih mata. tau2 dia hantar FRU. hm..fikir2 kanlah. adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan??

tidak mengapa, mereka merancang, Allah juga merancang. tetapi perancangan Allah itu lebih hebat dan yakin. wahai pejuang2 Islam, jangan lah kite lemah hanya dengan sedikit cubaan. kuatkan hati..insyaAllah, Allah sentiasa bersama2 orang yang benar.
kebatilan pasti terserlah dengan satu kebenaran..insyaAllah.

waAllahua'lam..

Read more...

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP