...Ikatan Musafir..

Sunday, 22 August 2010

siapa itu gadis solehah..

tidak dinafikan dan tidak diragui lagi, begitu banyak artikel atau pun tazkirah atau ape2 sumber yang menceritakan atau menyebut ciri2 dan sifat2 seorang gadis solehah.. apabila menyebut tentang gadis solehah, adakah dia seorang yang hanya memakai tudung, menunaikan solat, maka ia digelar gadis solehah?

jika kita lihat fenomena terkini, tudung seperti sudah menjadi trend atau pun kegemaran wanita sekarang, pelbagai jenis tudung digayakan. adakah sekadar memakai tudung ini digelar wanita solehah? pihak media, artis, alhamdulillah, begitu ramai yg telah bertudung sekarang, tapi..cukup kah hanya sekadar bertudung untuk bergelar wanita solehah..apapun, moga ia menjadi satu batu loncatan untuk menuju kearah kebaikan..

tetapi disini..bukanlah saya ingin pertikaikan penggunaan tudung, saye sendiri tidak sempurna..cume ingin berkongsi, dan muhasabah diri semula..bagaimanakah yang dikatakan gadis solehah..

soal solehah tentunya tidak lari dari erti keimanan. gadis yang beriman itulah yang layak digelar solehah. tak semua gadis bertudung dan islam itu beriman. islam hanya sekadar diatas nama..

sabda nabi..
yang bermaksud: mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya." (riwayat hadith al-Tirmizi

Perempuan yang solat lima waktu. berpuasa dibulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah dia dari pintu syurga yang mana dikehendakinya..

seorang gadis solehah tentunya tidak pernah sengaja melewat2kan solatnya, tidak seperti diri yang jahil, sering melewatkan solat.jauh sekali ingin dibandingkan dengan srikandi2 hebat zaman rasulullah..malu rasanya jika dibandingkan dengan istri bongsu nabi ketika zaman kecilnya..

berpuasa dibulan ramadhan. bila menyentuh bab puasa, ianya bukanlah semata2 puasa yang menahan lapar dan dahaga.

firman Allah..
"wahai orang2 yang beriman! diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa".. (al baqarah: 183)

Bulan ramadhan adlh bulan rahmat, bulan penuh barakah. tapi bagi diri ini, kurasakan kosong..layakkah digelar gadis solehah..puasa yang sekadar menahan lapar dan dahaga, alquran entah kemana, tarawikh ntah bagaimana, zikir ntah tertinggal dimana, malu rasanya diri ini.. hari2 yang penuh dengan kesibukan dunia membuat diri ini lalai seketika. alquran baru beberapa juzuk sempat ku habiskan. terawikh sudah beberapa kali ditingglkan..keletihan, dan disulami kemalasa membuat jiwa semakin kosong... layakkah digelar gadis solehah???

menjaga kehormatan diri bukan lah sekadar menutup aurat dengan sempurna. tetapi perlu dihiasi akhlak dan peribadi yang elok. baru layak digelar gadis solehah.. terfikir sejenak, baikkah akhlak ku. cantikkah peribadi ku jika sering membalas meseg muslimin, tidak segan silu berbual ditalifon, adkh cantik peribadi ini.. gadis solehah tidak dpt lari dari sifat malu yang sgt tinggi ibarat bunga yang segan untuk kembang mekar takut dihinggapi kumbang2 yang rakus.. tetapi diri ini.. mampukah jadi seperti bunga yang indah tanpa hinggapan kumbang dan dipandang cantik luaran dan dalaman.. muhasabah la diri semula..

seorang gadis solehah tentunya sgt menghormati dan akan menyenangkan hati kedua ibu dan ayah.. tetapi diri ini.. tentunya pernah mengecilkan hati ibu ayah walau dengan perkataan "ah". layakkah digelas gadis solehah? mohon ampun lah dan senangkan lah hati keduanya...

. Aisyah .a berkata, "saya bertanya kepada Rasulullah, siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah
SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah SAW, "Ibunya.

seorang wanita yang mentaati suaminya tentunya syurga menjadi jaminan nya..siapakah wanita yang mentaati suami? merekalah yang sentiasa menyenangkan suaminya, tidak menyusahkan hatu suaminya, menjaga maruah diri dan keluarga, menjalankan tanggungjawab seorang isteri dengan baik, mendidik anak2 dengan didikan sempurna dunia akhirat..

jadi..sama2lah kita muhasabah diri semula..adakah kita ini tergolong dlm golongan gadis solehah? mungkin jauh sama sekali ingin digandingkan bersama fatimah azzahrah puteri kesangan nabi, Aisyah humaira, istri bongsu nabi, apatah lagi ingin digandingkan bersama wanita2 syahid zaman nabi..waAllahua'lam.. semoge yang sidkit ini mampu menyentuh hati yg dalam..




Read more...

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP