...Ikatan Musafir..

Friday, 8 April 2011

Memburu Kemanisan Iman..~



Memburu kemanisan iman..
Tajuk besar majalah solusi terbaru edisi 30..

Naungan Allah: "Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: Allah berfirman pada hari kiamat:'Dimanakah orang yang bercinta kerana keagungan Ku pada hari ini? Aku akan menaungi mereka di bawah nainganKu pada hari yang tiada naungan kecuali naungan Ku'" Riwayat Muslim..

Kualiti hati pada kemanisan iman..
"Orang miskin yang sabar boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya tanpa sifat qanaah, si hartawan akan terseksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh sabda Baginsa saw: "Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah ruah, akan tetapi kekayaan(yang sebenar2nya) ialah kaya jiwa.."

Apabila kualiti hati rendah,nikmat yang banyak terasa tidak cukup. Tiada syukur, sabar, qanaah dan reda, diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan kearah kejahatan. Sebaliknya hati yang kuat mampu mengawal nafsu, umpama burung yang menerbangkan sangkarnya. manakala hati yang lemah sentiasa terkurung oleh kehendak2 nafsu, seperti burung yang terkurung di dalam sangkarnya.


Daripada Anas bin Malik r.a. bersabda Rasulullah saw: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang , ia merasai kemanisan iman, sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain, sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah, dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya(daripada kekufuran), seperti mana benci dicampakkan ke dalam api.." -Riwayat Muslim

Read more...

Tuesday, 5 April 2011

Paper cranes Dan Piano..



Juz coret2..
Selingan dlm stadi, sambil2 wat paper cranes and dengar lagu..
bukan lagu.. rentak piano..Paper crane pertama yang siap di buat..


Dah banyak...Makin banyak dan banyak..


sekarang da dekat 200 paper cranes yang terhasil..
Dalam menghasilkan paper cranes ni, memang menguji kesabaran.. mengambil masa juge..
banayk mane pun saye hasilkan paper cranes ni, ie tetap paper cranes yang tiada ape2 makna dan tidak bernyawa.. Hanya Allah yang mampu menghidupkan dan mematikan..
WaAllahua'lam..

Read more...

Saturday, 2 April 2011

Khat Diwani..^^

Salam..aha..sihat semua?^^ lame dah tak update blog..
esok ade exam. paper ke2..^^
tapi saya bukan nak sebut tentang exam.. juz nak kongsi dengan sahabat pasal khat diwani.. antara jenis khat yang cantik^^
nak relax2 jap..dah pening duk wat kire2..ehe~

Haritu exam khat, kene wat khat jenis ni..uhu, satu hari practice tak jadi2.ehe~ ni hasilnya:


aha..ni la hasil tulisan saye..^^tak pandai wat sebenarnye. maklumlah baru belajar satu tahun. Ustaz shahrizal ckap, kalau nak belajar khat ni ambik mase. die belajar dari zaman sekolah lagi. pastu, kene teror dalam meniru.ehe~

Yang ni pulak adalah assignment pertama yang ustaz bagi untuk khat diwani^^
"Rasulullah saw. ikutan sepanjang zaman"


Yang ni pulak adalah assignment yang kedua..ahaaa faham tak? "assalamualaikum"


Yang ni assignment yang ke3^^ surah Al Fatihah ayat akhir^^


erm..Sebenarnye kalau betul2 belajar khat ni, unik sebenarnye..tak semua orang boleh buat^^..ehe~ khat diwani yang saye hasilkan ni adalah hasil ajaran ustaz baki..memang hebat.^^
WaAllahua'lam..

Read more...

Wednesday, 23 February 2011

Saat Allah Benar2 Memberi Rehat


Betapa nikmat kaya itu sangat disyukuri apabila miskin, betapa nikmat lapang itu sangat bermanfaat apabila sempit, betapa nikmat muda itu sangat lah beharga apabila telah tua, betapa nikmat hidup sebelum mati itu amat di syukuri dan nikmat sihat itu sangatlah dihargai apabila sakit dialami..


Waktu hidup, waktu sihat dan lapang inilah yang sepatutnya dimanfaatkan dalam mencari sebuah keredhaan Allah.. Bukan meningkatkan iman semata2, tetapi erti sebuah perjuangan dalam mengisi bekalan yang kosong untuk kehidupan akhirat.. ape kah yang bakal diisi didalam bekalan yang kosong itu jika tiada langsung perjuangan.. ape kah yng mampu dijawab jika ditanya “mana bekalan perjuanganmu untuk mendapat akhirat yang indah?” sudah pasti tidak mampu untuk ku menjawabnya..


Waktu lapang ku, ku bazirkan masa dengan perkara yang tidak sepaptutnya, dan waktu sihat ku, sering mengeluh terlalu banyak tanggungjawab.. tiada masa untuk rehat, mane nak letak stadi, gerak kerja, keluarga, dan sebagainya. akhirnya Allah benar2 mendengar dan menerima rungutan ku seorang hamba yang tidak pernah reti mensyukuri nikmat perjuangan itu, maka, Dia benar2 memberi waktu rehat itu kepada ku.. ditarik nikmat sihat yang sebelum ini membenarkan fizikal ku untuk bergerak pantas memenuhi erti perjuangan.. dan kini,saat sahabat2 berkorban masa dan tenaga, aku hanya mampu melihat, mendengar dan memerhati.



rasa tidak mampu untuk turut bersama. berkorban masa dan tenaga seperti sebelumnya.
Naik dan turun tangga sahaja dah cukup untuk ku menahan kesakitan dan membuat airmata ini bergenang di kelopak mata..bagaimana untukku terus bersama sahabat2.. rukuk dan sujud ku sahaja dah cukup membuat diri ini menahan perit..bagaimana untukku mampu sertai mereka..


Betapa aku merasai sebuah penyesalan itu yang mungkin tidak mampu untuk ku membalikkan kembali masa itu.. setelah ujian demi ujian Allah beri, baru kusedari, segalanya untuk menyedarkan diri yang leka ini.. mugkin kerana diri ini, Allah jdikan abah sebagai wasilah untuk menegur, dan kini, diri ini sendiri yang menjadi wasilah sebuah teguran yang cukup halus..
”Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (10) (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.(11)” (asSoff : 10 -11

Hayati ayat2 cinta dari Allah khusus untuk hambaNya ini.. Jangan sombong. Allah dah sedia membuka ruang.. manfaatkan segala peluang dengan bersungguh sebelum segalanya Allah tarik kembali.. Betapi hanya satu penyesalan yang akan kita rasai..
WaAllahua’lam..

Read more...

Monday, 7 February 2011

Untuk abah tercinta..

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku



Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan



Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata



Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian



Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan



Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa



Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan



Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan



Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati

Read more...

Tuesday, 25 January 2011

SRC UIAM...

assalamualaikum..

Rasenye pada 23 jan lepas, kita semua telah dikejutkan oleh berita yang agak mengejutkan dan kurang bermoral.
sebenanrnye, saye mendapat berita ini setelah kembali keUIA setelah hampir seminggu lbh tdk berada di kwsan UIA.

semalam, 24 Jan, pada hari AGM SRC diadakan barulh saya mendapat tahu berita yang agak menggemparkan UIA ini.

Pada awalnya berasa pelik juga, mengapa sanggup mereka atau golongan mereka ini sanggup bersikap tdk bermoral terhadap SRC. adakah SRC melakukan kesalhan besar kepada mereka sehingga sanggup melalukan perkara sedemikian rupa.. kalau ye pun, mengapa tidak bersua muka, berbincang man to man, atau ape2 care yang baik..

Nampak dengan jelas dan terang lagi, perilaku ini adalah sprt mensabotaj SRC. tentulah ade pihak2 tertentu yang tdk puas hati atau tdk menyokong pentadbiran SRC, mungkin hanya tenure ini, atau sejak tahun2 sebelumnya, tapi, mgkin baru kini ketidak puas hatian memuncak. maka disimbahlah pinti ofis SRC tu dengan cat yang berwarna merah.. nampak cantik pulak merah. cumenye agak menggerunkan kerana tidak di sapu dengan baik, sehingga kelihatan seperti darah.
macam nak mengancan nyawa orang je..^^

Gurau pun gurau juge. tapi kene ingat, ini adalah maslh serius. bukan hanya masalah SRC tetapi juge tanggungjawab kita semua sebagai pelajar (UIAM).
kite memilih mereka dan menyokong mereka secara majoriti, maka perlulah memberi sokongan bukannyan menghentam mereka dari belakang.

Ini baru tindakan dan langkah pertama, apekah langkah mereka yang seterusnya untuk menggemparkan lagi UIAM gombak???

Poster2 AGM SRC pon habis diconteng. dinding pintu masuk ofis tu ntah perkataan yang bukan2 ditulis. tak cukup kertas kot nak menconteng..

inikah etika seorang pelajar. membuat dajal kepada orang lain? bukan ke di bumi UIA ni kita belajar tentang etika seorang individu muslim.. kalau nonmuslim yang buat, no wonder la. tapi kalau seorang muslim..memang pelik juge dibuatnya..

Apakah salah SRC sehingga diperlaku seperti ini???
kita lihat tindakan mereka yang seterusnya. siapakah dalang disebalik semua ini.
Mahasiswa harus cakna dengan segala isu!

Read more...

Wednesday, 12 January 2011

Diri Mahasiswa..

Sebagai seorang mahasiswa..saya merasakan, tugas nya bukanlah menuntut ilmu semata2..
yang hanya datang ke kelas untuk belajar, bertemu mata dengan lecturer, menyiapkan assignment semata2..

tetapi..mahasiswa yang hebat perlu cakna dengan segala isu dan perkara..
Malah, bukan hanya duduk bergoyang kaki, tetapi dengan langkah yang diayun untuk bersama menegakkan kebenaran..

keterlibatan mahasiswa di arena politik juga sangat diharapkan..
mahasisiwa yang sangat diperlukan dalam penyumbang idea yang bermanfaat, dalam perlaksanaan kerja yang mantap dan sebagainya bagi melancarkan sebuah pentadbiran..

Ayuh mahasisiwa, sesuai lah dengan sebuah gelaran "Mahasiswa"
bergerak dan ayunkan langkah^^
Hak MAhasiswaperlu dijaga dan dipelihara..^^
WaAllahua'lam.

Read more...

Tuesday, 11 January 2011

Rayuan Cinta Buat Isteriku..

Isteriku sayang..belahan hati abang..

Pertama-tamanya, izinkan untukku berterus terang kala ini. sayang.. walau betapa tingginya pandanganmu terhadapku, walau betapa hormatnya hatimu padaku tapi hakikatnya sayang, suamimu ini sebenarnya bukanlah Sayidina Muhamad SAW dan dirimu pula bukanlah sayidatina Khadijah, bukanlah aku Sayidina Ali karramallahu Wajhah dan bukanlah pula dirimu itu sayidatina Fatimah al-Zahra, bukanlah aku ini sayidina Ibrahim Khalilullah dan bukanlah pula dirimu itu Sayidatina hajar.

Aku bukanlah mereka dan bukan sesipa jua yang terlalu sempurna lantas mengharapkan pendamping hidup ini yang sedemikian juga. Cuma, di dalam selautan Rahmat dan Rahim Nya yang Maha Luas, aku mengharapkan serpihan-serpihannya di bawah janji-Nya yang benar:

"Dan(sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."
(Surah AnNur:26)

"Puas sudah ku menjaga dan mengislahkan jiwa setakat termampu, dengan harapan insan biasa di akhir zaman persisku ini dianugerahi wanita qurratul 'ain-penyejuk mata dan hati sebagai peneman setia dalam kembara hidup mencari setitis cinta Ilahi ini..."

Hasil Tulisan IBN ABDUL AZIB ( buku Rayuan Cinta Buat isteriku)

-same2 ambil iktibar, daripada luahan hati seorang lelaki yang bergelar suami..

Read more...

Thursday, 6 January 2011

My Soul..~

Read more...

Student Power!







Hak Mahasiswa perlu dijaga..
Suara Mahasiswa perlu didengar dan dipertimbangkan..

Read more...

Tuesday, 4 January 2011

Ikhlas Untuk Mu Daie..


Daie ialah seorang manusia biasa yang berjiwa luar biasa. Di dalam kekalutan arus kemodenan timpaan tamadun Barat, ternyata manusia terleka dan menjadikan kemajuan sebagai hala tuju hidup. Daie boleh diumpamakan manusia yang hidup dalam dunianya yang tersendiri, kerana tujuan mereka hidup bukanlah untuk diri mereka sendiri, malah sanggup mereka korbankan untuk manusia dan masyarakat sekitar. Hati mereka yang bersih yang mahukan segala kebaikan untuk masyarakat dan dunia serta berkorban segala yang ada membuktikan keikhlasan mereka.Mereka memahami firman Allah:



Katakanlah, sesungguhnya solatku, pengorbananku,hidupku,matiku hanyalah untuk Tuhan sekelian alam.(al-an’am:162)


Mereka memahami tanpa ikhlas, amal kebajikan mereka tidak berharga. Mereka mengetahui kebaikan yang diperjuangkan tanpa keikhlasan tidak membuahkan kebaikan. Masakan sesuatu yang kotor menghasilkan sesuatu yang suci. Seringkali terpapar dalam arena dakwah di mana-mana apabila penceramah lebih suka dibayar, diberi tepukan gemuruh dan sedap didengar untuk menjadi halwa telinga manusia sahaja dan tagihkan pujian melambung. Amal-amal ini umpama debu kerana tiada keikhlasan dan tidak mampu membawa perubahan apatah lagi membina manusia. Firman Allah,


“Dan Kami hadapi segala amal yg mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan.” (al-Furqan: 23)



Namun, keikhlasan para duah seringkali teruji kerana dilanda ujian yang bertimpa-timpa. Ujian yang bertalu-talu mampu menggoyahkan keteguhan seseorang daie. Umpama batu di atas bukit yang ditimpa hujan bertahun-tahun, pastilah ada sedikit bekas lekuk dek hakisan air. Terdapat beberapa bukti yang boleh dijadikan pengiktibaran untuk dijadikan tahap pengukur keikhlasan.(di petik dari Bukti Keikhlasan oleh Yusuf Qaradhawi)


Bukti yang boleh kita saksikan ialah:



1) Takut Kemasyhuran


Takut kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-leb

ih lagi jika dia termasuk orang yg mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bhw penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tdk secara terang-terangan dan didedahkan. Sbb andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tdk baik yg masuk ke dlm dirinya, maka sedikit pun manusia tdk memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah


.

2) Menuduh Diri Sendiri



Orang yg mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri sbg orang yg berlebih-lebihan di sisi Allah dan krg dlm melaksanakan pelbagai kewajipan, tdk mampu menguasai hatinya krn terpedaya oleh suatu amal dan takjub pd dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya tdk diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tdk diterima.



3) Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dr Liputan


Amal yg dilakukan secara diam-diam harus lbh disukai drp amal yg disertai liputan dan didedahkan. Dia lbh suka memilih menjadi perajurit bayangan yg rela berkorban, namun tdk diketahui dan tdk dikenali. Dia lbh suka memilih menjadi bahagian dr suatu jamaah, ibarat akar pohon yg menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tdk terlihat oleh mata, tersembunyi di dlm tanah; atau spt asas bangunan. Tanpa asas, dinding tdk akan berdiri, atap tdk akan dpt dijadikan berteduh dan bangunan tdk dpt ditegakkan. Tetapi ia tdk terlihat, spt dinding yg terlihat jelas. Syauqy berkata di dlm syairnya:



Landasan yg tersembunyi
Tdk terlihat mata krn merendah
Bangunan yg menjulang tinggi

Di atasnya dibangun megah




Di bahagian sblm ini tlh dikemukakan hadith Mu’adz, “Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yg berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tdk hadir mereka tdk diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dr setiap tempat yg gelap.”



4) Tidak Memerlukan Pujian Dan Tidak Tenggelam Oleh Pujian



Tdk meminta pujian orang-orang yg suka memuji dan tdk bercita-cita mendapatkannya. Jika ada seseorang memujinya, maka dia tdk terkecoh ttg hakikat dirinya di hdpn orang yg memujinya, krn mmg dia lbh mengetahui ttg rahsia hati dan dirinya drp orang lain yg boleh tertipu penampilan dan tdk mengetahui batinnya.



5) Tdk Kedekut Pujian Terhadap Orang Yg Mmg Layak Dipuji


Tdk kedekut memberikan pujian kpd orang lain yg mmg layak dipuji dan menyanjung orang yg mmg layak disanjung. Di sana ada dua bencana yg bakal muncul: Pertama, memberikan pujian dan sanjungan kpd orang yg tdk berhak. Kedua, kedekut memberikan pujian kpd orang yg layak.



Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam prnh memuji sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka, spt sabda Baginda ttg Abu Bakar yg bermaksud: “Andaikata aku boleh mengambil seorang kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar sbg kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku.”



Sabda Baginda kpd Umar: “Andaikata engkau melalui suatu jalan, tentu syaitan

akan melalui jalan yg lain.”


Sabda Baginda kpd Uthman: “Sesungguhnya beliau adalah orang yg para malaikat pun berasa malu terhadap dirinya.”



Sabda Rasulullah terhadap Ali: “Di mataku engkau spt kedudukan Harun di mata Musa.”



Sabda Rasulullah terhadap Khalid bin al-Walid: “Beliau adalah salah satu drp pedang-pedang Allah.”



Sabda Rasulullah terhadap Abu Ubaidah: “Beliau adalah kepercayaan umat ini.”



Boleh jadi seseorang tdk mahu memberikan pujian kpd orang yg layak dipuji, krn ada maksud tertentu dlm dirinya, atau krn rasa iri hati ygdisembunyikan, spt takut campurtangan di pejabatnya, atau menyaingi kedudukannya. Krn dia juga tdk mampu utk melemparkan celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tdk perlu menyanjungnya.



6) Berbuat Selayaknya Dlm Memimpin



Orang yg mukhlis krn Allah akan berbuat selayaknya ketika menjadi pemimpin di barisan terhadapan dan ttp patriotik ketika berada paling blkg, selagi dlm dua keadaan ini dia mencari keredhaan Allah. Hatinya tdk dikuasai kesenangan utk tampil, menguasai barisan dan menduduki jabatan strategi dlm kepimpinan. Tetapi dia lbh mementingkan kemashla

hatan bersama krn takut ada kewajipan dan tuntutan kepimpinan yg dia lewatkan.



7) Mencari Keredhaan Allah, Bkn Keredhaan Manusia



Tdk memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Sbb setiap orang di antara satu sama lain saling berbeza dlm sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yg ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yg tdk bertepi, tujuan yg sulit diketahui dan tuntutan yg tdk terkabul. Dlm hal ini seorang penyair berkata:



Adakalanya seseorang
Membuat redha sekian ramai orang
Kini betapa jauh jarak yg membentang
Di tgh tuntutan-tuntutan hawa nafsu



8)Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Krn Allah, Bkn Krn Kepentingan Peribadi


Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan penahanan, keredhaan dan kemurkaan harus dilakukan krn Allah dan agamaNya, bkn krn pertimbangan peribadi dan kepentingannya, tdk spt orang-orang munafik opportunis yg dicela Allah dlm KitabNya:



“Dan di antara mereka ada yg mencela mu ttg (pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian drpnya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tdk diberi sebahagian drpnya, dgn serta merta mereka menjadi marah.” (at-Taubah: 58)



9) Sabar Sepanjang Jalan


Perjalanan yg panjang, lambatnya hasil yg diperoleh, kejayaan yg

tertunda, kesulitan dlm bergaul dgn pelbagai lapisan manusia dgn perbezaan perasaan dan kecenderungan mereka, tdk boleh membuatnya menjadi malas, bersikap leka, mengundurkan diri, atau berhenti di tgh jalan. Sbb dia berbuat bkn sekadar utk sebuah kejayaan atau pun kemenangan, tetapi yg plagi pokok tujuannya adalah utk keredhaan Allah dan menuruti perintahNya.



Nabi Nuh ‘alaihissalam, pemuka para anbia’, hidup di tgh kaumnya selama 950 thn. Beliau berdakwah dan bertabligh, namun hanya sedikit sekali yg mahu beriman kpd beliau. Padahal pelbagai cara dakwah sudah ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai cara, sebagaimana yg difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau:



“Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku tlh menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dr kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kpd iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dlm telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan terlalu menyombongkan diri.” (Nuh: 5-7)



10) Berasa Senang Jika Ada Yg Bergabung



Berasa senang jika ada seseorang yg mempunyai kemampuan, bergabung dlm barisan mereka yg mahu beramal, utk menegakkan bendera atau ikut taat dlm amal. Hal ini harus disertai dgn usaha memberikan kesempatan kpdnya, sehingga dia dpt mengambil tempat yg sesuai dgn kedudukannya. Dia tdk harus rasa terganggu, terganjal, dengki atau pun gelisah krn kehadirannya. Malahan jika orang yg mukhlis melihat ada orang lain yg lbh baik drp dirinya yg mahu memikul tanggungjawabnya, maka dgn senang hati dia akn mundur, memberikan tanggungjawabnya kpd orang itu dan dia berasa senang menyerahkan jawatan kpdnya.



11) Rakus Terhadap Amal Yg Bermanfaat



Di antara bukti ikhlas adalah rakus terhadap amal yg paling diredhai Allah, dan bkn yg paling diredhai oleh dirinya sendiri. Sehingga orang yg mukhlis lbh mementingkan amal yg lbh banyak manfaatnya dan lbh mendalam pengaruhnya, tanpa disusupi hawa nafsu dan kesenangan diri sendiri.



Dia senang melakukan puasa nafilah dan solat dhuha. Namun sekali pun waktunya dihabiskan utk mendamaikan mereka yg sdg bertikai, justeru itulah yg lbh dipentingkannya. Dlm sebuah hadith disebutkan:


“Ketahuilah, akan ku khabarkan kpdmu ttg sesuatu yg lbh utama drp darjat puasa, solat dan sedekah. Iaitu mendamaikan di antara sesama manusia. Sbb kerosakan di antara sesama amnusia adalah pemotong.” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi, hadith shahih)



Dia mendapatkan kesenangan di hati dan kegembiraan di dlm jiwa jika boleh melaksanakan umrah pd setiap bulan Ramadhan dan haji pd musimnya. Tetapi dikatakan kpdnya, “Sumbangkan saja wang itu utk ikhwan kita di Palestin atau Bosnia atau Kashmir yg sdg mengalami kehancuran.” Jika hatinya tdk lapang dan menolak, maka dia spt apa yg dikatakan al-Ghazali sbg orang yg tertipu.



12) Menghindari Ujub



Di antara tanda kesempurnaan ikhlas ialah tdk merosak amal dgn ujub, berasa senang dan puas terhadap amal yg tlh dilakukannya. Sikap spt ini dpt membutakan matanya utk melihat celah-celah yg sewaktu-waktu muncul. Seharusnya apa yg perlu dilakukan oleh orang Mu’min stlh melaksanakan suatu amal ialah takut jikalau dia tlh melakukan kelalaian, disedari mahupun tdk disedari. Maka dr itu dia takut jikalau amalnya tdk diterima. Allah berfirman:



“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dr mereka yg bertaqwa.” (al-Maidah: 27)



13) Peringatan Agar Membersihkan Diri



Al-Quran tlh memperingatkan utk membersihkan diri dr pujian dan sanjungan ke atas dirinya, sebagaimana firmanNya:



“Dia lbh mengetahui tentang (keadaan) kamu, ketika Dia menjadikan kamu dr tanah dan ketika kamu masih dlm janin perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci. Dialah yg paling mengetahui tentang orang yg bertaqwa.” (an-Najm: 32)



Allah mencela orang-orang Yahudi dan Nasrani yg menganggap dirinya suci. Firman-Nya yg bermaksud:



“Apakah kamu tdk memerhatikan orang yg menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan sesiapa yg dikehendaki-Nya dan mereka tdk dianiaya sedikit pun.” (an-Nisa: 49)



Hal ini terjadi krn mereka berkata, spt yg dijelaskan Allah yg bermaksud:


“Kami ini adalah anak-anak Allah dan keksih-kekasih-Nya.” (al-Maidah: 18)



Perkataan mereka ini disanggah dgn firman-Nya yg bermaksud:



“Tetapi kamu adalah manusia (biasa) di antara orang-orang yg diciptakan-Nya. Dia mengampuni sesiapa yg dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yg dikehendaki-Nya. Dan, kepunyaanl Allah-lah kerajaan di antara keduanya, dan kpd Allah-lah kembali (segala sesuatu).” (al-Maidah: 18)



Orang yg tlh melakukan sesuatu amal shaleh, tdk boleh mempamerkan amalnya itu, kecuali jika utk menyampaikan nikmat Rabb-Nya:



“Dan terhadap nikmat Rabb-mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dgn bersyukur).” (ad-Dhuha: 11)



Selain itu ia bertujuan utk memancing orang lain agar mengikutinya. Sabda Baginda yg bermaksud:



“Barangsiapa membuat sunnah yg baik, maka dia mendapat pahala sunnah itu dan pahala orang yg mengerjakannya.” (HR Imam Muslim)



Dibolehkan juga jika bertujuan utk membela diri krn ada tuduhan yg dilemparkan kpdnya, padahal dia tdk bersangkut-paut dgn tuduhan tersebut, atau mungkin ada sebab-sebab lain. Semua itu diperbolehkan bg orang yg batinnya sudah kuat krn Allah semata dan bukan krn tujuan yg bukan-bukan serta tdk tergolong pd ujub, tdk bertujuan mencari sanjungan dr orang lain dan mendapatkan kedudukan di kalangan masyarakat. Namun memang jrg orang yg bebas dr tujuan ini.



Orang Islam harus waspada, jgn sampai ujub terhadap diri sendiri, krn kebaikan dan keshalihan yg dilakukannya, atau keyakinan bahawa hanya dialah yg beruntung sdg yg lain merugi, atau dia dan jamaahnyalah yg layak disebut al-firqah an-najiyyah (golongan yg selamat) sdgkan semua kaum Muslimin rosak, atau hanya merekalah yg layak disebut thaifah manshurah (kelompok yg mendapat pertolongan) sdgkan yg lain dibiarkan.



Pandangan terhadap diri sendiri spt ini adalah ujub yg merosak, dan pandangan terhadap orang-orang Islam spt itu adalah pelecehan yg menghinakan.



Sungguh ternyata benar apa yang dinukilkan oleh Yusuf Qaradhawi seperti di atas. Buat mereka di atas jalan ini, setiap butir perkataannya umpama kata lontar lembut dan keras yang menimpa diri kita. Bersama kita koreksi diri dan tsabat berjuang untuk Allah.



Wallahu alam.

Read more...

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP