...Ikatan Musafir..

Friday, 8 April 2011

Memburu Kemanisan Iman..~



Memburu kemanisan iman..
Tajuk besar majalah solusi terbaru edisi 30..

Naungan Allah: "Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: Allah berfirman pada hari kiamat:'Dimanakah orang yang bercinta kerana keagungan Ku pada hari ini? Aku akan menaungi mereka di bawah nainganKu pada hari yang tiada naungan kecuali naungan Ku'" Riwayat Muslim..

Kualiti hati pada kemanisan iman..
"Orang miskin yang sabar boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya tanpa sifat qanaah, si hartawan akan terseksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh sabda Baginsa saw: "Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah ruah, akan tetapi kekayaan(yang sebenar2nya) ialah kaya jiwa.."

Apabila kualiti hati rendah,nikmat yang banyak terasa tidak cukup. Tiada syukur, sabar, qanaah dan reda, diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan kearah kejahatan. Sebaliknya hati yang kuat mampu mengawal nafsu, umpama burung yang menerbangkan sangkarnya. manakala hati yang lemah sentiasa terkurung oleh kehendak2 nafsu, seperti burung yang terkurung di dalam sangkarnya.


Daripada Anas bin Malik r.a. bersabda Rasulullah saw: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang , ia merasai kemanisan iman, sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain, sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah, dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya(daripada kekufuran), seperti mana benci dicampakkan ke dalam api.." -Riwayat Muslim

Read more...

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP