...Ikatan Musafir..

Friday, 26 February 2010

Kesan Media kepada kanak2..~

Assalamualaikumwarahmatullah..

hari ni terdetik dihati untuk menyentuh sedikit kesan2 negative media terhadap kanak2..

sepertimana yang kite tahu, anak2 ibarat kain putih yang bersih. ibu bapa yang mencorak mereka.
ape kaitan nye pula dengan media???
ini yang saya ingin sentuh sedikit..
tak nak sentuh banyak, sedikit pun dah cukup.

kanak2 sangat gemar menonton, membaca, dan mengikut rentak media yang mampu mempengaruhi minda mereka. daripada lagu, movie, kartun, iklan, berita dan sebagainya yang hadir daripada media.

baik..sekarang ana cume nak sentuh tentang pengaruh media dari sudut berita.
berita semasa yang kite sebagai orang dewasa menganggap ie suatu element yang sangat bagus dalam mengetahui atau cakna dengan isu2 semasa..tetapi bagi kanak2 ie membawa perasaan ingin tahu yang amat sangat dalam usia mereka yang mana dalam tempoh proses tumbesaran..

sepertimana yang kite jelas, media sangat hangat dengan isu tentang kes khalwat Dato' Seri Anuar Ibrahim.
satu persoalan..mengapa media terlalu menggembar gemburkan tentang perkara yang mendatang aib seseorang???

tapi saya tak nak sebut la tentang ni..saye nak sentuh efek berita yang sangat hot sekarang ini terhadap kanak2..kajian menunjukkan(seorang sahabt yg bagitahu setelah menghadiri talk Abu Hassan), kajian menunjukkan bahawa 70% kanak2 yang terime efek daripada berita tersebut.

ape efek tu???
kanak2 yang berada dalam proses ingin tahu even baru berusia 7 hingga ke 10 tahun, ingin mencungkil rahsia.. apa itu khalwat??? kesan dari itu, mereka bertanya,bertanya dan bertanya.. sampai satu tahap kerana perasaan ingin tahu, mereka ingin mencube sendiri..inilah yang saya katakan sebagai kesan buruk. siape sangka berite yang sangat hot ini yang ingin menjatuhkan maruah seorang hamba Allah even tidak tahu kebenarannya mampu mendatangkan kesan negative terhadap kanak2.. bagi saya pengetahuan tentang hal ini tidak perlu bagi kanak2.dan bagi saya ie lebih mendatang kesan negative daripada kesan positive. kalau anak saya, saya taknak fikiran mereka tercemar dengan perkara2 seperti ini. mereka tak faham, kerana tak faham mereka nak tahu. perasaan nak tahu bagi kanak2 lain dengan orang dewasa..
saya rase perkara ni seperti mengajar mereka perkara yang sepatutnya mereka tahu dalam usia yang sangat muda itu..

cubelah, orang kene tu adalah orang kerajaan yang berjawatan tinggi. sudah tentu segala aib yang menimpa ingin di sorok dan disembunyikan. tapi mengapa kerana die bukan orang kerajaan, segala aib yang belum tentu kesohihannya ingin diwar2kan satu duunia..

erm..sedikit nasihat untuk para hakim yang bijaksana, walaupun saya tahu mereka takkan baca nasihat saya ni.
buatlah satu kehakiman atau keputusan berlandaskan penghakiman yang benar mengikut syara'.berdasarkan bukti yang kukuh dan sohih. jangn memihak kepada mana2 pihak selagi kebenaran tidak dicapai. Allah sentiasa berada pada pihak yang benar. jike salah penilaian, mungkin anda semua selamat didunia..tetapi, hukuman akhirat.. amatlah dahsyat..beristighfarlah..

untuk rakyat jelata..janganlah terlalu percaya dengan media massa yang hanya memntingkan kelarisan penjualan stock dan produk mereka..belum tentu kite tahu kebenaran yang nyata. jike anda orang yang bijak,tentu bijak dalam menilai kebenaran dan kebatilan..

insyaAllah..Allah sentiasa berada pada pihak yang benar dan teraniaya..waAllahua'lam..

1 comments:

yus_anakmelayu 27 February 2010 at 04:04  

Salam....
Sahabatku lailafillah...
Benar, terkadang penyampaian maklumat dalam media massa sangat mempengaruhi masyarakat khususnya golongan kanak-kanak. Saya bersetuju dengan laila.
Soal kebenaran pula, siapa-siapa sahaja boleh berada di pihak yang benar. Anwar mungkin tidak bersalah. Tetapi, mungkin juga dia bersalah. Dakwaan dibuat untuk membuktikan seseorang itu bersalah, bermakna ada dua kemungkinan iatu bersalah atau tidak. Kecenderungan kita terhadap sebelah pihak jangan sampai kita menidakkaan kebenaran di pihak yang sebelah lagi. Saya juga seperti Laila, yakin bahawa kemenangan pasti di pihak yang benar(kalaupun tidak di dunia, di akhirat nanti). Perbicaraan masih lagi berjalan bukan? Berdoalah, moga-moga yang bertanggungjawab mengadili menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Kita boleh mengaburi hati manusia dengan kata-kata(perlu diingat, Anwar merupakan lepasan Jabatan Melayu, universiti malaya, sudah tentu ilmu retoriknya mampu memikat jutaan manusia). Mungkin sahaja beliau benar, mungkin juga salah. Yang pasti, ujian pengecaman DNA merupakan ujian yang 99% tepat. Sama-sama berdoa ya agar dapat tahu jawaban yang sebenar-benarnya...
Semoga Islam tertegak di bumi Melayu ini.
Assalamualaikum

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP