...Ikatan Musafir..

Friday, 29 October 2010

...Hidup Ini..~

Jam tangan menunjukkan tepat pukul 1.45am.. mata masih belum mengntuk, terdetik di hati untuk menulis sesuatu didada blog..
Mood untuk mengulang kaji pelajaran pun dah hilang untuk malam ni..
jari2 mula berayun laju menaip sesuatu yang mule bermain di benak fikiran...

**macam nak wat cerpen pulak^^**
tapi memang saye terfikir sesuatu malam ni yang membuat minda berfikir dan terus berfikir..
ape akan jadi dengan sebuah negara yang mendapat gelaran "negara Islam"sedangkan warga serta pemimpinnya semakin jauh dengan hukum syariat islam?


saye bukanlah seorang ulama' utk mempersoalkan hukum atau meletakkan fatwa atau mengutarakan ayat quran dan hadith. tapi..hanya insan biasa seperti 'mereka' untuk berkongsi dan membuat semua orang untuk berfikir..

rasanya dah beberapa kali juga saye post tentang isu yg sama tapi method yang berbeza..
saya sendiri kurang pasti masih ade lagi ke post2 yang lame..sbb dah beberapa kali juge kemas kini blog dan delete post2 lame.uhu..

Gejala sosial yang semakin berleluasa dikalangan rakyat dan pemimpin semakin mengganggu fikiran saye dan orang2 macam saye..
mungkin seringkali berfikir, bagaimana caranya nak mengatasi..
dah terlalu banyak kes..

bagaimana pemimpin sendiri mengambil mudah tentang pergaulan..anak dan isteri terlalu bebas untuk bersosial..
bila rakyat melihat ikon mereka, maka, itulah yang mereka ambil untuk dijadikan contoh. seterusnya, ajaran2 yang dipamerkan oleh pemimpin2 yang memandang mudah tentg hukum agama ni pun menjadi satu budaya kepada masyarakat..

hurm..kepala saye pun dah pening. saye bukanlah orang yang memegang jawatan didalam organisasi negara..tapi sekurang2 nya kite concern dan kasihan kepada mereka semua..
oleh yang demikian, kite memerlukan seorang pemimpin yang tahu, arif dan mengamalkan hidup cara islam yang sebenar.

kite bukan sahaja mahukan pemimpin yang bijak pandai tentang urusan dunia, tetapi juge lagi bijak dan pandai tentang urusan akhirat. orang itulah yang kite perlukan.

kite seringkali mendengar orang mengata itu ini tentang masalah sosial zaman sekarang, tetapi adakah mereka berfikir bagaimana caranya untuk membendung isu ni?
kesan yang sangat teruk dah terbentang didepan mata.
pembuangan bayi, ragut, dadah, arak, macam2 lagi..

siape yang bertanggungjawab? salah siapakah semua ini?
ibu ayah? adik beradik? guru2? sahabat? mahupun pemimpin?

yer..tidak dinafikan ibu ayah memainkan peranan utama, tapi siapa tahu pengaruh rakan sebaya itu sangat kuat dan sangat berkesan. dan siapa tahu, kemudahan2 hiburan yang pemimpin sediakan untuk warganya bersuke ria, menghilangkan rase bosan, mendapat keseronokan dan undang2 secular itu lebih kuat pengaruhnya...
Na'uzubillah..

bagaimana caranya? memanggil setiap daripada mereka untuk mendengar tazkirah, kuliyah mahupun usrah?
berapa ramai sangat lah daripada mereka yang berminat untuk mendengar semua ni. tarbiyah? dakwah fardhiyah? berapa sangat lah keberkesanannya, mungkin hanya orang2 yang berminat atau terbuka hati nak ikot saja yang akan dengar. bagaimana dengan yang lain?
kasihan mereka.. takkan nak biarkan hidup mereka terus hanyut dengan dunia yang mereka cipta.. kesian mereka..

bukan salah dengan cara dakwah fardhiyah..tapi, berapa sangt la keberkesanannya. berbalik kepada sirah dulu pun, kerana kepimpinan nabi, Islam boleh gemilang..
jadi sekarang? inilah masanya kite nak aplikasikan semua ni..
tarbiyah pun tarbiyah juge. itu yang utama, tapi...
"berdakwahlah dengan cara berhikmah"

hanya satu cara yang saya rasakan berkesan untuk menyampaikan dan membantu mereka dengan impak yang besar.
kita dapat lihat bagaimana besarnya impak yang dibawa oleh seorang pemimpin. begitu juge lah caranya bagaimana kite inginkan daulah islamiyah. adanya kuasa, ape2 pun boleh jadi..
bayangkanlah, malaysia di tadbir dan dipimpin oleh seorang ulama'.. SubhanaAllah, saya dapat bayangkan kehidupan kita ibarat zaman Rasulullah..

tak perlu pergi jauh, sebagai salah seorang pelajar UIA, saye nampak keberkesanan dan kesan sebuah kepimpinan serta undang2. kat UIA ni ade 2 bende...

pertamanya kuasa admin. kes helmet. kerana rule, sume pelajar pakai helmet. sebab ape? takut kene saman.uhu.. jalan kat UIA ni one way je, so, sape2 yang melanggar pun boleh kene saman, jadi terpaksalah kami pusing jauh satu UIA baru sampai kedestinasi. dan macam2 lagi lah.. tengok, betapa kuasa dapat pengaruh warganya..

keduanya, sepertimana yang semua orang jelas, malah tengok pada nama pun dah tahu. bile saye berada didalam UIA, saye dapat rasekan ini adalah satu kawasan yang "protected"
sebab ape, dalam ni lah saye dapat merasai negara ISlam, islamic environment.. kalau masuk dalam UIA ni, sume makhluk Allah yang bergelar wagra UIA, WAJIB menutup aurat.. walaupun kekadang ade juge yang pelik. tapi sekurang2 nya mereka menutup aurat. sebab ape? sebab RULE yang telah ditetapkan oleh pentadbiran UIA. tengok, ni juge satu contoh keberkesanan pengaruh sebuah pentadbiran. lecturer saye sendiri cakap,
"kalau saye masuk UIa, saye rase selamat, sebab islamic environment, bile keluar je dari pagar UIA, saye rase tak selamat langsung kerana seperti berada ni negara lain.."


nak cakap nye kat sini, ni lah kepentinagnnya kite punya seorang pemimpin yang arif tentang syariat ISlam..ape gune pembangunan yang begitu pesat, tetapi warganya hidup penuh dengan dosa..
Ape gune negara berkembang dengan pesatnye, pemimpinnya hidup mewah, diberi itu ini, rumah, kereta, dan macam2 lagi.. tapi warganya hidup susah, miskin,terseksa dengan kecaman kerajaan secara halus..
-naikkan gaji, tapi tax pun naik. -beri pinjaman kewangan kepada pelajar, tapi diseksa dengan bayaran yang berlipat ganda. -sumbangan subsidi, tapi naikkan harga barang..
dan macam2 lagi..

kadang saye nak ketawa..kite semua seperti tertipu dengan permainan mereka yang suke mengambil hak kite sebagai rakyat...
islamic festival lah, bantuan rakyat lah, satu malaysia lah.
kite fanatik sokong dan vote die, tapi..cube fikir, ape yang die beri kepada kite?
duit? time nak mengundi je kot. bantuan? same lah. hiburan? wah, sgt hebat yang mereka sumbang untuk rakyat. nilah pemimpin yang dibanggakan.
tapi..adakah die beri kite pluang untuk merasai kehidupan sebenar islam?
jauh sekali.. bandar semakin membangun pun, kite tetap di takuk yang same. hanya mampu berjalan2 melihat keindahan yang dilakarkan. tak mampu untuk menyentuhnya..

"sokonglah barang buatan MAlaysia"
uhu, macm ne nak sokong? rakyat ni xda duit. sume hak dah diambil. barang buatan malaysia pulak semakin mahal dijual dinegara sendiri..
Lecturer cost management saye ade gitau, die gi hongkong ke ,mane tah..saye pun tak ingat, beli barang buatan malaysia yang dijual disana harganya jauh sangat murah berbanding harga yang dijual di Malaysia..nampak sangat memang nak menyusahkan rakyat..

kenapalah kite tak terfikir semua ni..kenapa masih menyokong mereka? padahal mereka tak beri ape2 kebaikan atau keuntungan kepada kite. kebanyakan yang mereka beri, mereka ambil semule dengan care lain yang kite tak sedar...

hm..waAllahua'lam, saye bukanlah pengkaji hal ehwal negara, tapi pengetahuan dan maklumat yang saye perolehi, saye tak rase salah.. jadi..
pejuang2 yang mengaku pejuang agama Allah.. beranikan diri, ni lah masanya nak merealisasikan matlamat sebenar dan sunnah terbesar Rasulullah. iaitu mengejar Daulah Islamiyah..
sampai bile nak berada di bawah pentadbiran orang yang jahil tentang agama?
sibuk mentarbiyah diri, tapi tak fikir tentang masyarakat sekeliling.
teringat satu kisah dimana Allah mnyuruh malaikat untuk menghancurkan satu kawasan tu kerana dosa yang mereka laukan, tapi tindakan malaikat terhenti kerana ade seorang hamba yang sedang beribadat. lalu Allah tetap mengarahkan agar orang yang sedang beribadat itu pun dihapuskan sama.. kerana ape? kerana die hanya memikirkan tentang dirinya sendiri.."

jadi sahabat2, pembaca yang dihormati..fikir2kanlah..tak salah nak tingkatkan tarbuyah dan iman sendiri, tapi jangan ingat kubur lain2, kite takkan dipersoalkan diakhirat nanti..

kite ingin jadi yang berkuasa, bukan untuk kuasa, tapi ingin merebut kuasa daripada orang yang gilakan kuasa..

2 comments:

Anonymous,  29 October 2010 at 08:04  

Assalamualaikum ukhti...jazakillah untuk entri kali ini. Sungguh terpanggil untuk mengomen...

Bagi ana, Tarbiyah is the basic. Formulanya mudah

Tarbiyah + pembentukkan =Kejayaan.

Mungkin kita lupa pada sirah, Rasulullah sebelum memegang tampuk pemerintahan, baginda mengumpullkan sebahagian orang di sekilingnya. Siti Khadijah, Ali, Abu Bakr, Uthman, Yassir, Sumayyah...dan orang-orang sabiqunal awwalun.

Rasulullah mendidik para sahabat daripada basic, mengajarkan mereka mengenal pencipta mereka? Ibadat, keimanan, ketaqwaan. dibentuk pada awal-awal kewujudan Rasulullah. Tahajud ketika itu diwajibkan sebagai bekal menuju jalan dakwah.

dan kemenangan perintahan mereka ketika itu adalah natijah dari keimanan mereka..Dari mana mereka mendapat keimanan mereka? Daripada tarbiyah dzatiyah.


Mustafa mahsyur dalam karangannya "7 tahapan dakwah fardhiyah" memberikan kita formula dan strategy bagaimana mahu mendekati mad'u secara bertahap. mungkin enti boleh rujuk buku ini sebagai panduan.

Perintahan adalah sesuatu yang pasti! ana setuju dengan enti. Namun, sebelum tiba ke arah ini, harus sekali membersihkan hati-hati pembawa akidah seperti kita. Bagaimana ibadah kita jika mahu islam itu menjalar di setiap pelusuk dunia. Bagaimana hafalan kita dan segala apa yang kita pelajari dalam usrah?

Usrah adalah perkara asas dalam pentarbiyahan, dan pemerintahanan adalah sebahagian daripadan tarbiyah


Kita harus memikirkan akar sesuatu permasalahan, jika mereka belum mengenal apakah islam? maka, tanggungjawab kita inilah yg diharap dapat mengeluarkan umat di luar sana dari kegelapan. Setelah kita ditarbiyah, apa sumbangan kita?

Tanpa keimanan yang kuat, sebuah pemerintahan pasti kan jatuh, kerana kejayaan adalah natijah kepada sebuah keimanan dan pengorbanan, daya tahan juang yang tinggi dalam sebuah perjuangan..

HAMAS- sebuah parti islam yang hebat dan punya daya tahan(iman) dan semangat juang yang tinggi(amal)...dan mereka BARU sahaja masuk dalam arena politik..kerana apa? kerana mereka mahu mencetak jundi-jundi ini untuk cintakan syurga..

Bagus entri ini. Mencetuskan ruang untuk perbincangan...

wslm.

lailafillah 29 October 2010 at 10:44  

salam..terime kasih.. kerana itu Malaysia sendiri memerlukan orang2 yang berilmu dan beriman utk memerintah...WaAllahua'lam..

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP