...Ikatan Musafir..

Tuesday, 25 January 2011

SRC UIAM...

assalamualaikum..

Rasenye pada 23 jan lepas, kita semua telah dikejutkan oleh berita yang agak mengejutkan dan kurang bermoral.
sebenanrnye, saye mendapat berita ini setelah kembali keUIA setelah hampir seminggu lbh tdk berada di kwsan UIA.

semalam, 24 Jan, pada hari AGM SRC diadakan barulh saya mendapat tahu berita yang agak menggemparkan UIA ini.

Pada awalnya berasa pelik juga, mengapa sanggup mereka atau golongan mereka ini sanggup bersikap tdk bermoral terhadap SRC. adakah SRC melakukan kesalhan besar kepada mereka sehingga sanggup melalukan perkara sedemikian rupa.. kalau ye pun, mengapa tidak bersua muka, berbincang man to man, atau ape2 care yang baik..

Nampak dengan jelas dan terang lagi, perilaku ini adalah sprt mensabotaj SRC. tentulah ade pihak2 tertentu yang tdk puas hati atau tdk menyokong pentadbiran SRC, mungkin hanya tenure ini, atau sejak tahun2 sebelumnya, tapi, mgkin baru kini ketidak puas hatian memuncak. maka disimbahlah pinti ofis SRC tu dengan cat yang berwarna merah.. nampak cantik pulak merah. cumenye agak menggerunkan kerana tidak di sapu dengan baik, sehingga kelihatan seperti darah.
macam nak mengancan nyawa orang je..^^

Gurau pun gurau juge. tapi kene ingat, ini adalah maslh serius. bukan hanya masalah SRC tetapi juge tanggungjawab kita semua sebagai pelajar (UIAM).
kite memilih mereka dan menyokong mereka secara majoriti, maka perlulah memberi sokongan bukannyan menghentam mereka dari belakang.

Ini baru tindakan dan langkah pertama, apekah langkah mereka yang seterusnya untuk menggemparkan lagi UIAM gombak???

Poster2 AGM SRC pon habis diconteng. dinding pintu masuk ofis tu ntah perkataan yang bukan2 ditulis. tak cukup kertas kot nak menconteng..

inikah etika seorang pelajar. membuat dajal kepada orang lain? bukan ke di bumi UIA ni kita belajar tentang etika seorang individu muslim.. kalau nonmuslim yang buat, no wonder la. tapi kalau seorang muslim..memang pelik juge dibuatnya..

Apakah salah SRC sehingga diperlaku seperti ini???
kita lihat tindakan mereka yang seterusnya. siapakah dalang disebalik semua ini.
Mahasiswa harus cakna dengan segala isu!

2 comments:

Hanif 7 February 2011 at 17:39  

As salam. SRC 2 apa?

lailafillah 7 February 2011 at 20:14  

salam. Student Representative council. pimpinan plaja.

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP