...Ikatan Musafir..

Monday, 28 December 2009

Redha dengan ketentuan Allah...

“Perbendaharaan qanaah tidak pernah kekeringan dan tidak memerlukan penjagaan sepanjang masa..”


Terfikir dan terdetik dihati..tertanye2 persoalan demi persoalan.. mengapa aku? Mengapa begini? Mengapa begitu? Mengapa die begini? Mengapa aku begitu? Mengapa dan mengapa..berlegar2 setiap persoalan demi persoalan..inilah ketentuan Allah..takdir Allah..


Tidak Allah meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya..setiap kejadian dan perancangan Nya pasti ada hikmah disebaliknye..REDHA.. sebaik2 penerimaan..adalah redha..


Firman Allah:

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الأرْضِ وَلا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ (٢٢)لِكَيْلا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ (٢٣)

22. Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

23. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

(Al Hadid:22-23)


Firman Allah:

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ (٢١٦)

216. Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

(Al Baqarah: 216)


Pernah ke kite terfikir yang sebenarnya, ketengan hati waktu ditimpa musibah banyak bergantung sejauh mana iman dan keyakinan kepada qada dan qadar. Apatah lagi jika si hamba mengetahui bahawa Allah Maha Lembut terhadap hamba2Nya dan menghendaki kemudahan untuk mereka. Dan Dia Maha Bijaksana dan Maha Tahu. Dia menyimpan diakhirat dan memberi habuan yang cukup hebat bagi mereka yang bersabar tanpa perhitungan.hal ini jika direnungkan, maka akan mengubah kesedihan menjadi kesenangan dan kebahgiaan.

Namun tidak semua orang kuat bersikap seperti ini..

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (٥)إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (٦)


5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(Al Insyirah:5-6)


p/s: hasil cebisan buku “motivasi menjadi wanita paling bahagia”- Dr ‘Aidh Abdullah AlQarni.

Same2lah kite renungkan.insyaAllah..


0 comments:

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP