...Ikatan Musafir..

Friday, 30 July 2010

Naruto Dan Perjuangan Islam...^^

Naruto Dan Perjuangan Islam....^^

Assalamualaikum..bersyukur kehadrat Ilahi, kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di halaman blog yang telah agak lame juge tidak disentuh dengan nukilan hati..



Alhamdulillah..berbalik kepada tajuk yang ingin saya bawakan. Yang telah tertulis diatas.. Naruto.. mungkin satu nama yang tidak asing lagi. Bukan sahaja dikalangan kanak2 tetapi juge dikalangan dewasa..



Pertama sekali waktu saya betul2 menghayati cerita naruto ni sejak di pusat asasi UIA. Wah, UIa pulak tu. Bukan lah UIA yang ajar. Tapi saya sendiri yang menjadi sangat minat. Memang kalau orang tengok, ish budak ni. Tengok katun pulak^^ tapi tidak pada saya. Bila saya tengok naruto n the geng. Saya akan Nampak satu perjuangan disitu.

Bagaimana Naruto begitu bersemangat dan mempunyai cita2 yang tinggi untuk menjadi Hokage yang ke6. Mereka ini dari satu sekolah ninja yang memang dilatih untuk menjadi ninja. Yang mana misi mereka untuk menentang segala kekejaman dan kejahatan untuk satu keamanan. Pada awalnya mereka berada didalam satu kumpulan yang besar, tetapi dipecahkan kepada kumpulan2 kecil untuk memudahkan gerak kerja, latihan dan ukhwah^^..


Ape kaitannya dengan perjuangan??? Ehe..


sama2 kita hayati Ayat Allah ini. (maaf tak dpt nak masukkan ayat al Quran)



244. Dan berperanglah kamu pada jalan Allah

(kerana mempertahankan kebenaran ugamaNya); dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Mendeng

ar, lagi Maha mengetahui.



Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian. Bilamana saya melihat semangat naruto menentang musuh, begitulah saya lihat individu2 pejuang Islam begitu bersemangat berjuang untuk sebuah keadilan. Bila mana saya melihat kumpulan besar ninja itu, seperti saya melihat sekumpulan besar umat Islam yang bersedia menentang segala ancaman dari pihak musuh yang ingin menjatuhkan Islam. Bila mana saya melihat kumpulan2 kecil seperti kumpulan kakashi, itulah yang saya nampak kumpulan kecil (usrah) yang terbina, untuk memudahkan latihan, penyampaian ilmu dan yang penting ukhwah sesameahli usrah. Ia diibaratkan seperti satu keluarga yang sangat bahgia dengan satu matlamat. Iaitu Daulah Islamiyah.



104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah

) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat

Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (

buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.


Bilamana saya melihat matlamat mereka.. itulah juga matlamat yang diimpikan oleh seorang muslim. Satu keamanan dibawah pentadbiran Islam. Semangat nya Naruto untuk menjadi seorang Hokage. Begitulah umat Islam yang begitu bersemangat untuk menjadi seorang Khalifah dimuka bumi ini..



Sesungguhnya kita dilahirkan dimuka bumi Allah ini adalah sebagai seorang khalifah.



Sahabat2 sekalian.. bila kite sebut tentang ukhwah, mungkin ia telah sebati dihati kita. Tapi adakah kita betul2 menghayati erti sebenar ukhwah?


Berbalik kepada Naruto. Dia sanggup bekorban nyawa hanya untuk menyelamatkan sasuke. Kawan baik yang berada dalam group kakashi. Apabila sasuke keluar dari hidden village dia telah ikot pasukan yang jahat dan kejam. Kerana sebuah ukhwah, Naruto tidak pernah berputus asa untuk menarik kembali sasuke yang telah tersesat jalan. Kakashi selalu pesan bahawa “team work” sangat penting. Perhubungan yang baik sesame ahli sgt penting.. itu baru katun yang telah dicipta oleh orang jepun. Bagaimana dengan kite umat Islam ni? adakah ukhwah kita sebagai khalifah Allah ini sehebat ukhwah yang dibina oleh Naruto? Tepuk dada, tanyalah iman..



WaAllahua’lam..

0 comments:

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP