...Ikatan Musafir..

Friday, 30 July 2010

Tersirat Disebalik Yang Tersurat

Tersurat disebalik lagu indah milik Allah..



Bismillahirrahmanirrahim..salam sejahtera^^



Saya ingin bertanya kepada sahabat2.. ingtkah kite dengan lagu negaraku? Ingatkah kita dengan lagu2 siti nor haliza? Tahukah kite tajuk lagu untuk lirik ini..



“ku pendamkan, perasaan ini.. kurahsiakan rasa hati ini..” atau ini



“menghitung hari..detik demi detik…”



Wah..tentu ramai yang tahu kan.. makna disebalik yang tersirat lagi lah ramai yang memahami lirik lagu ini. Kadang2 terlalu feeling sampai ada yang menangis. Touching la katakan^^



Baik sahabat2..tetapi bukan itu persoalan sebenarnya.. tetapi lagu2 indah dari yang Esa yang saya ingin bincangkan pada hari ini.. tertarik dengan kuliyah ustaz Zahazan di ikim yang telah didownld oleh sahabat saya. Tentang makna tersurat dan tersirat didalam surah pertama yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhamad yang dimuliakan. Tentu ramai yang tahu tetapi berapa ramaikah yang mampu menghayati makna tersirat disebalik surah ini.. mari kite terjah sedikit dalam ayat2 suci Allah. saya nak letakkan sedikit daripada kalam2 Allah ini..tapi..tak taulah, takleh nak masukkan tulisan jawi pulak^^xpelah. leh rujuk kat alquran ya.


Surah yang saya rasakan agak mudah untuk dihafal tetapi bukan mudah untuk dihayati. Bacalah! Yang mana punya makna atau sinonim dengan ‘ilmu’. Ia adalah satu asas, satu nadi, satu akar atau basic kepada ketamadunan manusia. Ia juga adalah satu perkara yang cukup mulia disisi Allah swt.



Imam Al Ghazali ketika membahaskan tentang ilmu didalam kitabnya Ihya’ Alumiddin. Tajuk ilmu ini diletakkan di bab yang pertama. Nak jelaskan kepada kita betapa pentingnya dalam menuntut ilmu ini.. bahkan ilmu ini ditetakkan nombor 1. Yang mana dipecahkan pula kepada ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Yang mana isnya wajib dilakukan, sunat dilakukan mahupun tidak boleh dilakukan. Segalanya berdasarkan ilmu.



Seperti dalm kehidupan kita. Kalau tidak menuntut ilmu, tidak talaqi, tidak ngaji, mane kita nak tahu cara solat, puasa, zakat, dan macam2 lagi terutamanya bab2 yang menyentuh soal agama.

Kenapa Iman Al Ghazali sebut ilmu itu mulia? Cuba kita bayangkan, diusia yang sudah lanjut ini, seorang anak kecil bertanya kepada kita satu soalan yang sebenarnya sgt mudah. Tetapi kite tidak mampu untuk menjawabnya. Sehinggakan anak kecil itu mengeluarkan satu perkataan yang berlawanan dengan mulia iaitu ‘bodoh’. Terang2 sudah melihatkan kepada kita betapa pentingnya menuntut ilmu. Even kita sekarang punya ilmu tetapi.. bukan semua bende kita tahu. Kalau orang tanya saya tentang hokum. Mungkin terdiam saya dibuatnya. Jadi. Menuntut ilmu ini perkara asas yang perlu kita lakukan secara constant. Nabi juga cakap. “tuntutlah ilmu sehingga kenegeri china” disitu juga dah membuktikan perkara mulia ini disarankan.



Imam Ibn Kathir juga memceritakan dalam tafsir Ibn Kathir tentang kepentingan ilmu. Yang mana ilmu ini berasal daripada beberapa sumber asa. Iaitu tafaqqur. Melalui pemikiran kita. Yang kedua qiraah. Melalui pembacaan. Dari bacaan lah kite punya ilmu. Perkara pertama yang diajar oleh Allah kepada Rasulullah adalah dengan membaca. Dan yang ketiga al-iklam. Melalui makluman dari orang lain kepda kita.



Contohnya nabi Adam alaihissalam waktu awal2 kejadiannya Allah telah mengajarnya. Boleh rujuk Al Baqarah ayat 31. Mafhumnya, Dan Dia ajarkan kepada Adam nama2 semuanya. Ayat menerangkan bahawa Allah menyampaikan kepda adam segala maklumat tentang penciptaannya. Seperti manusia juga. Dengan hanya bahan bacaan tidak cukup buat kita. Kerana itu kita perlu mengaji. Ade guru yang menyampaikan agar kita lebih faham. Banyak lagi surah2 yang ada menyebut tentang ilmu contohnya surah Al Qalam yang menjadi menifestasi tentang ilmu.


Sheikh Harun Yahya dalam buku2 beliau juga bantak mengisarkan tentang kepentingan ilmu dalam islam. Contohnya ‘warna warni kehidupan’. Yang mana menceritakan tentang ilmu2 yang Allah berikan kepada umatnya. Tetapi sahabat2, kadang2 orang bukan islam lebih menghargai ilmu. Mereka mengkaji, membaca dan menyelidik tentang sesuatu ilmu. Tetapi kita ini.. selalu sahaja tidak mensyukuri dengan nikmat ilmu yang allah telah kurniakan kepada kita.



Selalunya setelah selesai kita megatakan sesuatu tentunya kita akan menyebut “Allahua’lam” yang bermaksud Allah yang lebih mengetahui.tapi disini saya menyentuh perkatan “istaghna” pada ayat yang ke7. Maksudnya adalah harta. Lumrah kehidupan manusia akan rasa diri hebat apabila punya lebih dari orang lain. Ade duit sikit, rase diri hebat. Ada kuasa sikit rasa diri berkuasa. Sifat takabbur dan mazmumah menyerap dalam diri kite. Inilah yang sentiasa melalikan kita bahawa segalanya adalah milik Allah. apa yang ada di muka bumi ini, Allah hanya pinjamkan sekejap sahaja kepada kita. Jadilah seperti Uthman bin A’fan yang telah menginfakkan 1000 ekor unta waktu perang tabuk bersama2 Rasulullah. Tidak pernah terdetik sedikit pun dihati untuk merasa diri hebat walaupun dilimpahkan harta yang banyak.



Dan akhir sekali hayatilah ayat ke8 surah ini yang bermaksud, “sesungguhnya kepada Tuhanmu kamu akan kembali”



Jadi sahabat yang dirahmati Allah. kalau hebat mana pun kita, kaya mana pun kita kalau tiada ketaqwaan kepada Allah swt, maka rugilah hidup ini. Kerana akhirnya Allah akan tarik semula nikmat kehidupan ini dan kembali kepadanya…



waAllahua’lam.

0 comments:

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP