...Ikatan Musafir..

Friday, 27 August 2010

Liku kehidupan..



Semalam..patut nye saye dan beberapa orang shabat lagi bersama2 memeriahkan majlis iftar di masjid UIA. tetapi..mungkin bukan rezki kami.even dah beri nama pada yang bertanggungjawab..tapi pelajar yg hadir waktu tu agak ramai. mungkin melebihi peruntukan yang disediakan. tak mengapa..itu rezki mereka.alhamdulillah.. jadi kami beramai2 pergi kecafe berhampiran masjid untuk membeli juadah berbuka puasa..

tiba di cafe..ramai student didlam nya..kat mane nak duduk? last choice, kami bungkus dan berbuka didalam masjid yang mana pada waktu yang sama diluar masjid sedang berlangsung majlis berbuka puasa yang sungguh grand.

waktu makan, tibe2 terfikir dan sedikit perbincangan bersama sahabat2..
kenapa nak buat iftar yang grand ni ade duit yang byk. tetapi masjid tidak diperuntukkan untuk iftar yang biase setiap hari??? persoalan disitu. setiap tahun masjid diperuntukkan sejumlah wang untuk sediakan juadah buka puasa, tetapi tahun ni berbeza dengan tahun sebelumnya. tiada lagi juadah buka puasa melainkan air dan kurma shja...

sungguh pelik..tibe2 muncul pula grand iftar yang mungkin membelanjakan sejumlah wang yang agak besar..hm..???

teringat juga wang di econs..selama ni, plaja nak buat program, kertas kerja sentiasa direject. malah program2 bermanfaat tidak dpt dijalankan kerana kertas kerja direject.maka tiadalah peruntukan...alasan tiasa bajet.. tup tup tup, muncul program yang saya rasakan agak grand, ihya' iftar. yang telah membelanjakan beribu2 ringgit wang yang mana adlh sebenarnya hak pelajar..ye..plaja dijemput hadir, tetapi bukan free, mereka juga terpaksa membayar fee...
bila fikir semula..alangkah bermanfaatnya duit itu digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah yang boleh mendtgkan impak yang besar dlm diri individu muslim untuk jangka masa yang panjang berbanding digunakan untuk satu malam dengan makanan..

uhu..sebagai selingan..bukan itu tajuk utama kali ni^^



teringat ketika beriktikaf dimasjid sebelum asar untuk menenti kelas kemahiran penulisan Khat by ustaz Shaharizal syafie.. seorang kanak2 kecil yang dlm usia 1 tahun yang baru belajar berjalan. sekejap2 jatuh..tetapi tidak pernah ada rasa putus asa dlm diri.. semakin dapat bejalan semakin laju anak kecil itu berjalan dan semakin kerap jatuh.. saya hanya mampu tersenyum melihat anak kecil itu..

bebarapa kali juga die berjalan kearah saya.mengganggu saya menyiapkan nota2 saya yang belum siap.namun tiada rasa terganggu..malah mengalukan kedatangan anak kecil itu.. bibirnya sentiasa mengukir senyuman..kadang2 ketawa sendiri..mungkin gembira mampu berjalan dengan laju walaupun kerap terjatuh^^ ape yang penting anak kecil itu merasakan dia mampu.."aku boleh!" agaknye lah^^

mungkin itulah yang dirasai oleh semua anak2 kecil termasuk lah diri ini sewaktu kecil mungkin..tetapi kini apabila menjangkau remaja..mungkin dewasa..perasaan putus asa sering menyelinap didalam diri.rasa susah, rasa payah..rasa masalah yang amat besar dan berat..tidak lain dan tidak bukan menyalahkan takdir dan berputus asa..

mengapa tidak kita rasakan begitu sewaktu baru hendak belajar berjalan."kenapa aku susah nak bejaln? kenapa aku dimulakan menjadi baby? kenapa tak macm org dewasa yang mampu berjalan dgn laju? kenapa dan kenapa?"
tetapi inilah lumrah kehidupan manusia yang mudah mengalah..tidak seperti zaman kecilnya.



kehidupan..kehidupan seorang insan ini..kekadang diatas dan kekadang dibawah..ibarat roda yang berputar..tidak semestinya kita sentiasa berada diatas, menunjukkan yang kita tidak akan jatuh..apabila jatuh tidak bermakna kita tidak mampu untuk bangun semula..
"Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuannya.." segalanya bergantung kepada diri individu itu sendiri..jika nak seribu daya, tak nak seribu dalih..

percaya dan yakinlah..Allah dah merancang yang terbaik untuk setiap hambaNya.. takdir yang telah tertulis dan tersurat di luh mahfuz..hanya kita yang mencoraknya..kita yang menggerakkannya.jadi kene bijak dan pandai memilih jalan kehidupan yang sebenrnya..bukan rekaan kita semata2..

jadi..untuk muhasah diri ini...kehidupan adalah satu pinjaman dari Allah swt yang cukup bermakna..maka, manfaatkan sebaiknya insyaAllah..
seorang insan yang berada dilandasan kehidupan, yang benar2 menghayati dan memaknai realiti kehidupan ini, pastinya tahu dan mengerti apa yang terbaik untuk mengharungi liku kehidupan yang sementara ini untuk bekalan dan juga persediaan akhirat kelak..
waAllahu'alam..

2 comments:

Nana Sanusi 27 August 2010 at 13:17  

salam, laila...nice post, laila.. ;-)
suka bace..

p/s :laila mek class khat ari pe? tak penah lgi nmpak laila.. pasni ley la kite wat sesame..kite susah sket nak wat..smgat ade, tpi bile wat, agak payoh nak jadi..laila cmane?

...Kematian semakin menghampiri...

Lilypie Kids Birthday tickers

...Something Important...

Lilypie Angel and Memorial tickers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP